KUALA LUMPUR: "Berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang luas. Bank pusat berada di tangan yang baik," itu jawapan pantas dan meyakinkan daripada Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, apabila ditanya mengenai perubahan pegawai kanan di Bank Negara Malaysia (BNM).
Gabenor BNM yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, bukan orang baharu dalam badan berkanun itu.
Beliau menyertai BNM pada 1988 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada 2016.
Beliau kini merupakan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari dan Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak tahun 2015. Abdul Rasheed juga telah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dan Pelan Sektor Kewangan.
Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya dan juga mempunyai MBA daripada Said Business School, Oxford University.
"Abdul Rasheed juga mempunyai personaliti yang menarik dan disukai ramai kerana keterbukaan beliau untuk mendengar dan menerima pendapat daripada orang lain," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Tumpuan kepada inflasi
Inflasi Malaysia pada masa ini adalah terkawal, memberi ruang kepada bank pusat untuk meneruskan 'tangguh bersyarat', kata Penolong Gabenor BNM Fraziali Ismail kepada Bloomberg baru-baru ini.
Bagaimanapun, paras inflasi semasa Malaysia sudah pasti akan menjadi bidang tumpuan utama untuk Abdul Rasheed, yang tempoh lima tahunnya berkuat kuasa pada 1 Julai 2023.
Beliau akan mengambil alih jawatan Gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, yang menyempurnakan tempoh lima tahunnya pada 30 Jun 2023.
Kuasa pasaran merencanakan bahawa gabenor baharu perlu berusaha untuk memastikan inflasi berada dalam julat optimum yang dapat membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara tanpa mengurangkan kuasa beli mata wang.
Inflasi adalah antara isu utama yang memberi impak kepada negara berikutan ia boleh mempengaruhi pergerakan pertumbuhan ekonomi, selain faktor utama dalam menentukan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Adakah akan ada lagi kenaikan OPR?
Bank pusat menjangka inflasi keseluruhan dan teras akan sederhana sepanjang tahun 2023, dengan purata antara 2.8 peratus dan 3.8 peratus.
Oleh itu, melaksanakan peranan BNM dalam menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan adalah sama penting dengan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Ditanya sama ada akan berlaku perubahan dalam OPR dengan adanya gabenor baharu, Mohd Afzanizam, yang juga Ketua Kewangan Sosial Bank Muamalat berkata OPR perlu terus dinilai berdasarkan data yang diterima.
"Selain itu, kehadiran dua ahli luar dalam MPC akan memastikan integriti struktur tadbir urus dan membuat keputusan yang baik. Justeru, kesinambungan dasar dapat dijamin," katanya.
BNM telah mengurangkan OPR kepada paras terendah pada 1.75 peratus pada Julai 2020, untuk meningkatkan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Ia dikekalkan sehingga Mei tahun lepas sebelum bank pusat menaikkan OPR sebanyak lima kali (Mei 2022, Julai 2022, September 2022, November 2022 dan Mei 2023) dan setiap kali itu sebanyak 25 mata asas.
Kenaikan terkini oleh BNM membawa kadar OPR kembali kepada paras sebelum COVID-19 iaitu 3.00 peratus.
Ringgit dan kuasa pasaran
Mengenai impak terhadap ringgit, ahli ekonomi itu berkata BNM konsisten dalam mesejnya bahawa mata wang bukan alat dasar mereka.
"Sekali-sekala, terdapat campur tangan pasaran oleh BNM tetapi semata-mata untuk melancarkan turun naik mata wang. Secara ringkasnya, ringgit akan ditentukan oleh kuasa pasaran," kata Mohd Afzanizam.
Ringgit rendah dan berada pada paras 4.60 berbanding dolar AS manakala FBM KLCI merosot di bawah paras 1,400 berikutan ketidaktentuan luaran dan dalaman.
Sehingga 9 Jun 2023, mata wang tempatan ditutup pada 4.6115/6160 berbanding dolar AS.
Keyakinan terhadap gabenor BNM yang baharu
Bekas Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim menyambut baik pelantikan Abdul Rasheed dan yakin gabenor baharu itu akan berjaya dalam memacu kestabilan monetari dan kewangan negara.
"Beliau adalah calon yang tepat dan paling sesuai. Etika kerja Abdul Rasheed yang kuat, pendekatan kolaboratif dan inklusif telah memberikan perkhidmatan yang baik kepada bank dan negara," katanya.
Muhammad berkata tanggungjawab seorang pegawai bank pusat sentiasa mencabar berdasarkan keperluan untuk mengimbangi kepentingan pelbagai pihak berkepentingan dalam persekitaran kewangan dan ekonomi global yang semakin mencabar.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata Abdul Rasheed telah memainkan peranan penting dalam membangunkan pelan tindakan kewangan berimpak tinggi untuk memacu ekonomi negara.
"Pemahaman beliau yang luas mengenai ekonomi domestik, serantau dan global merupakan kelebihan besar untuk negara kita dan kami yakin industri perbankan akan terus berkembang maju di bawah kepimpinannya," kata Khairussaleh, yang juga Pengerusi Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2023

Shaik Abdul Rasheed menyertai BNM pada 1988 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada 2016. - Fail/Bernama

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

Anwar yakin Gabenor Bank Negara baharu mampu teruskan kebijakan monetari mampan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour mampu meneruskan pelaksanaan dasar monetari mampan.

Gabenor BNM: Abdul Rasheed sinonim kepada pengalaman dan pengetahuan luas - Ahli Ekonomi
Gabenor BNM yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, bukan orang baharu dalam badan berkanun itu.

Abdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM - Bekas Gabenor
Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour adalah calon yang tepat dan paling sesuai untuk menjadi peneraju bank pusat negara, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Komuniti kewangan digesa tingkat tanggungjawab moral dalam perniagaan - BNM
Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour juga mengingatkan sektor kewangan untuk mengambil pendekatan holistik, prihatin dan realistik bagi membudayakan aspek profesionalisma dan etika.

Bank Negara lantik Abdul Rasheed sebagai Timbalan Gabenor
Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour sebagai Timbalan Gabenor berkuat kuasa 16 Julai 2016.