KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan menggubal Akta Kredit Pengguna pada 2022 bertujuan mengukuhkan pengaturan kawal selia untuk semua aktiviti kredit pengguna termasuk penyedia skim "Beli Sekarang Bayar Kemudian" (BNPL).
Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata bank pusat itu akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menggubal akta tersebut.
Beliau berkata BNM sedang berhubung dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memantau perkembangan dan mendidik orang ramai tentang skim BNPL namun jumlah bahagian kredit kepada isi rumah dan skim itu kekal rendah.
"Untuk sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah nilai urus niaga dianggarkan sekitar 0.05 peratus daripada jumlah pinjaman isi rumah.
"Skim ini semakin meningkat, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain dan wujud kebimbangan yang berasas bahawa skim tersebut mungkin menggalakkan pengguna berbelanja di luar kemampuan mereka dengan hutang tinggi yang mungkin tidak mampu mereka bayar dan kebanyakan Skim BNPL di Malaysia ditawarkan oleh sektor bukan bank," katanya.
Nor Shamsiah dipetik sebagai berkata semasa sidang media bersama BNM dan Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai prestasi KDNK suku ketiga suku ketiga 2021 Malaysia di sini pada Jumaat.
Beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya membaca terma dan syarat dengan teliti terutamanya mengenai yuran dan caj, untuk membayar ansuran sepenuhnya tepat pada masanya untuk mengelakkan penalti dan mengambil perhatian dan menyimpan rekod terhadap setiap komitmen berkaitan skim BNPL yang mereka sertai untuk memastikan pengurusan hutang yang betul.
Penubuhan Akta Kredit Pengguna yang diumumkan dalam Bajet 2021 bertujuan menyediakan rangka kerja kawal selia bagi pengeluaran kredit pengguna selain daripada mengukuhkan pengawasan terhadap penyedia kredit bukan bank.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia sudah lama mencadangkan supaya akta berkenaan diperkukuhkan bagi memberi perlindungan kepada pengguna dalam sektor kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021

Nor Shamsiah berkata, bank pusat itu akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menggubal akta tersebut. - Gambar/ Bernama

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.

Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".

1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.

Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.

BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.

Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.

RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju

OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.

OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.