Masyarakat diminta tidak teruja dengan penganugerahan gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka kepada Abdul Rani Kulup Abdullah daripada individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka Darul Islam, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah baru-baru ini.
Penulis dan pakar motivasi, Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin berkata, ia hanya strategi Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) untuk dilihat intelektual di mata masyarakat negara ini semata-mata.
"Itu strategi dia untuk dilihat bertanggungjawab kepada masyarakat dan tolonglah janganlah teruja dengan caranya itu.
"Apa inspirasi yang dibawakannya dari perjuangannya selama ini? Media juga mungkin memberi lebih promosi kepadanya sehingga dia berada pada tahap hari ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohammad Qayyum mengulas kenyataan Abdul Rani yang menyifatkan gelaran itu kemungkinan hasil perjuangannya membawa isu rakyat dan mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.
Dalam pada itu jelas Mohammad Qayyum, Abdul Rani juga perlu menjelaskan apa jasanya kepada negara yang boleh dibanggakan.
"Jasa itu sendiri sangat subjektif. Apa jasa dia yang sebenarnya. Jika dikatanya laporan polis, semua orang pun boleh buat yang sama," ujarnya.
Sebelum ini, Setiausaha Raja Noor Jan yang hanya mahu dikenali sebagai Raja Ismail menafikan dakwaan mereka menjalankan perniagaan menjual pangkat kebesaran diraja termasuk kepada Abdul Rani.
Tegasnya, Raja Noor Jan hanya mengurniakan darjah kebesaran itu kepada individu yang benar-benar berbakti kepada masyarakat.
Terdahulu, Abdul Rani dilaporkan berkata, Facebook "troll"nya dilihat lebih popular daripada yang dimiliki Datuk Ahmad Maslan kerana pengajaran yang terkandung di dalam laman itu.
Tegasnya, walaupun laman itu dikendalikan 'peminat'nya, ia dilihat memberi lebih banyak teladan dan bermanfaat daripada laman Facebook 'troll' Timbalan Menteri Kewangan itu sendiri.
Wan Syamsul Amly
Tue Dec 29 2015
PAKAR MOTIVASI: Jangan teruja dengan gelaran 'Datuk' Rani Kulup - Gambar fail
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Raya bersederhana, Siti Nurhaliza utamakan anak-anak
"Cukup saya ada sepasang dua baju baharu, pakai saja yang lama"
SPRM tahan reman tiga pemilik syarikat termasuk dua bergelar Datuk
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia 30 dan 40-an ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Datuk, 10 individu lain didakwa ahli kumpulan jenayah 'Geng Upik'
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan sebutan semula ditetapkan pada 1 Mac depan.
Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.
Reman pengasas syarikat penerbangan dilanjut
Reman seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' yang ditahan pada 17 Okt lepas dilanjutkan hingga esok.
Datuk antara 4 ditahan tawar projek berkaitan minyak, gas di Sabah
Semua individu termasuk wanita berusia 40 hingga 60-an itu ditahan pada 5 Jun lalu.
Datuk tidak mengaku tipu pembelian pesawat, helikopter
Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menipu dan memasuki perjanjian pinjaman untuk menjalankan perniagaan penyewaan.
Bekas pengerusi NGO bergelar Datuk antara ditahan SPRM
Bekas pengerusi NGO yang bergelar Datuk itu berumur 47 tahun, manakala bekas bendaharinya pula berumur 43 tahun.
Selatan Thailand kembali jadi tumpuan Datuk, ahli politik untuk nikah
Kedatangan pasangan dari Malaysia menunjukkan trend peningkatan terutama orang kenamaan bergelar Datuk.
Penghibur legenda Francissca Peter, Siti Fairuz kini bergelar Datuk
Penganugerahan itu bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.