KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (MPM) menasihatkan orang ramai supaya tidak terkeliru atau terperdaya dengan dakwaan mana-mana pihak yang mengaku diri mereka sebagai seorang pengamal perubatan atau pakar perubatan berdaftar di Malaysia.
Presiden MPM Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selaras dengan Seksyen 14C Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012), seseorang berhak untuk didaftarkan dan mengamal sebagai pakar dalam sesuatu bidang kepakaran dalam Daftar Perubatan MPM sekiranya memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Seksyen 14B Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).
"Syarat utama pendaftaran sebagai seorang pakar adalah pengamal tersebut perlu berdaftar penuh dengan MPM, mempunyai kelayakan kepakaran yang diiktiraf, menghadiri latihan kepakaran dalam bidang kepakaran di institusi yang diiktiraf, dan membuktikan bahawa dia adalah layak dan mempunyai akhlak yang baik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata kesemua pendaftaran pakar perlu menjalani penilaian oleh jawatankuasa khas MPM yang akan meneliti kesemua syarat-syarat tersebut sebelum seseorang pengamal diperakui sebagai pakar perubatan dan dapat mengamal di negara ini.
Sehubungan itu, tiada mana-mana orang atau pihak yang boleh memperakukan diri mereka dan mengamal sebagai seorang pakar perubatan dalam sesuatu bidang jika nama mereka tiada dalam Daftar Perubatan MPM, katanya.
Beliau berkata bagi tujuan verifikasi atau penyemakan status pendaftaran seorang pengamal perubatan yang berdaftar dengan MPM, sama ada pengamal itu seorang doktor perubatan atau pakar perubatan, semakan boleh dibuat melalui laman web MPM iaitu www.mmc.gov.my di bawah pautan Search Medical Register dan National Specialist Register.
MPM menyediakan kemudahan dalam talian ini bagi membantu orang ramai dapat memilih hanya pengamal perubatan dan pakar perubatan yang bertauliah sahaja memberi perkhidmatan kesihatan dan rawatan perubatan di negara ini, termasuk dalam hal rujukan perkara berkaitan perubatan dan kesihatan awam, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022

Menurut Dr Noor Hisham, antara syarat utama pendaftaran sebagai seorang pakar adalah pengamal tersebut perlu berdaftar penuh dengan MPM. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pengamal perubatan sambut baik Belanjawan 2024, peruntukan kesihatan ditambah
RM41.2 bilion yang diperuntukkan buat Kementerian Kesihatan disifatkan angka yang cukup meyakinkan.

Jangan terperdaya dengan pihak mengaku pengamal atau pakar perubatan - MPM
Antara syarat utama pendaftaran sebagai seorang pakar adalah pengamal tersebut perlu berdaftar penuh dengan MPM.

Pukul bomoh: Empat pengamal perubatan mengaku tidak bersalah
Empat pengamal perubatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini, terhadap dakwaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang lelaki, awal bulan ini.

Pengamal perubatan baharu dibenarkan perbaharui Sijil Perakuan Amalan Tahunan
Pengamal perubatan yang baharu didaftarkan penuh dengan MPM adalah dibenarkan untuk memperbaharui Sijil Perakuan Amalan Tahunan dengan CPD minimum, kosong mata.

Bimbing orang awam kaedah betul guna kit ujian kendiri COVID-19
Walaupun manual dalam kit ujian kendiri mudah difahami, orang awam masih perlu mendapatkan pandangan daripada pakar mengenai teknik yang betul.

COVID-19: 509 GP diberi kuasa serah gelang HSO kepada pesakit positif
HSO itu akan dikeluarkan kepada pesakit positif yang akan dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang diuruskan pusat perubatan swasta atau di rumah masing-masing.

APHM harap lebih banyak hospital swasta terlibat dalam program imunisasi
APHM berharap program vaksinasi ini boleh dipertingkatkan di beberapa negeri termasuk pantai timur Semenanjung Malaysia.

Inovasi sains bolehkan negara kawal COVID-19 - Khairy
Banyak inovasi baharu terhasil daripada idea dan bakat anak tempatan, ekoran penularan pandemik berkenaan di negara ini.

Pengamal perubatan lulusan luar negara wajib proses verifikasi untuk daftar dengan MPM
Semua pengamal perubatan lulusan luar negara yang ingin berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) wajib melalui proses 'Primary Source Verification'.

Konsep 'Uber' tempah perkhidmatan pengamal perubatan ke rumah akan diperkenal
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan platform tempahan dalam talian berkonsepkan 'Uber' untuk orang ramai mendapatkan khidmat pengamal kesihatan KKM di rumah.