Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta golongan pencari kerja supaya tidak terlalu memilih pekerjaan ketika suasana ekonomi tidak menentu sekarang.
Beliau berkata golongan berkenaan perlu membuang sifat malu untuk memulakan pekerjaan dari peringkat bawah dalam apa sahaja bidang pekerjaan.
"Bagi mencapai negara maju berpendapatan tinggi, pekerja berkemahiran teknikal sangat diperlukan iaitu sekurang-kurangnya 35 peratus menjelang tahun 2020.
"Oleh itu saya berharap golongan pencari kerja di negeri ini tidak terlalu memilih perkerjaan yang ada," katanya ketika berucap pada Majlis Kerjaya dan Karnival Pekerjaan 2017 peringkat daerah Keningau di sini, hari ini.
Mengulas mengenai program berkenaan, Pairin berkata ia merupakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu kerjasama antara agensi berkaitan dalam membantu pencari kerja mendapatkan kerja, selain medium untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang pekerjaan.
Katanya, program berkenaan juga dapat membantu para majikan untuk memperoleh pekerja yang berkelayakan serta berpotensi dalam syarikat masing-masing.
Pada majlis itu, sebanyakl 123 majikan turut serta dalam karnival yang bermula pada 24 April di Kota Kinabalu dan berakhir di Sandakan pada 29 April bagi mengisi 4,745 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor. -- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017

PAIRIN: Bagi mencapai negara maju berpendapatan tinggi, pekerja berkemahiran teknikal sangat diperlukan iaitu sekurang-kurangnya 35 peratus menjelang tahun 2020. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

SPM masih relevan untuk kehidupan hari ini - Pakar
Rata-rata pelajar yang pernah menduduki peperiksaan SPM pasti melalui dilema ke mana hala tuju selepas mendapat keputusan.

Visa percutian kerja Australia dilanjutkan kepada warga Britain berumur lebih 30 tahun
Mengikut FTA antara kedua-dua negara pada Mei, 16 juta lagi orang layak memohon berdasarkan peningkatan had umur daripada 30 kepada 35.

Konflik kerja-keluarga: Implikasi negatif terhadap kesihatan
Jika diperincikan lagi, penglibatan wanita secara aktif dalam tenaga kerja merupakan salah satu faktor penyumbang kepada timbulnya isu ini.

Kini era peluang pekerjaan dicipta, bukan mencari kerja
Pelajar-pelajar pula tidak seharusnya terbeban untuk memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang biarpun tidak dinafikan sekeping sijil mampu mencipta peluang pekerjaan.

Ini masa depan kerja menurut pakar semasa WEF 2022
Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 yang berlangsung di Davos, Switzerland berakhir dengan jayanya 28 Mei lalu.

Bunuh dua rakan sekerja kerana sering dibuli
Suspek dari Pontianak, Indonesia itu direman sehingga 23 Ogos ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Cabaran perkhidmatan awam pasca COVID-19
Adakah kepenggunaan pejabat besar dan kompleks kerajaan akan mengubah cara dan kaedah kerja seperti yang berlaku di negara-negara maju yang sudah adaptasikan cara kerja mereka?

Ingkar PKP kerja di pusat snuker, dua lelaki dipenjara
Dua lelaki warga Indonesia dipenjara 20 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bekerja di sebuah pusat snuker.

Paksa pekerja datang pejabat, majikan yang akan dikompaun, bukan pekerja
Pekerja tiada pilihan selain mendengar arahan majikan kerana bimbang mungkin kehilangan pekerjaan jika ingkar.

Tol Gombak sesak: Polis sahkan pengguna ada surat kebenaran rentas negeri
Hasil pemeriksaan selama empat jam bermula 9.30 pagi, kebanyakan pengguna lebuh raya tersebut mempunyai kebenaran untuk merentas daerah atau negeri.