Exco Kesihatan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar meminta semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berhubung kematian wanita di Pasir Gudang, Sabtu lalu.
Jelasnya, tindakan itu hanya mengakibatkan penduduk di daerah itu cemas sekali gus tidak membantu menyelesaikan isu terbabit.
"Saya ingin memaklumkan setiap mereka yang terlbat harus peka dan dapatkan maklumat sahih berhubung isu ini. Sekali keluar isu ini menyebabkan masyarakat tertanya tanya.
"Sebelum ini beberapa banyak pertemuan pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa gas "methyl mercaptan" adalah bahan ringan berbanding di gas dalam kejadian di Sungai Kim Kim," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
BACA: Kematian di Pasir Gudang akibat masalah jantung, bukan pencemaran udara - KKM
Mengulas mengenai keluarga mangsa, Mohd Khuzzan menjelaskan, pihaknya akan melawat mereka minggu ini.
Selain itu, beliau turut mengucapkan takziah dan bersimpati akan kejadian yang menimpa mangsa dan keluarga.
Isu kematian mangsa dikenali sebagai Marini Kasman, 38 tahun tular di laman sosial dikaitkan dengan pencemaran udara di Pasir Gudang.
Bagaimanapun Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat masalah jantung dan menghidap penyakit kronik serta darah tinggi.
Mangsa dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 5 Julai akibat kesukaran bernafas, demam, dan batuk selama tiga hari serta mengalami bengkak di bahagian kaki.
Fareez Azman
Sun Jul 07 2019

Mohd Khuzzan Abu Bakar (tengah) meminta semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berhubung kematian wanita di Pasir Gudang. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

COVID-19: HTJ tukar beberapa wad biasa kepada separa ICU
Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini menukar fungsi beberapa buah wad biasa kepada wad separa Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menampung peningkatan kes pesakit COVID-19 yang kritikal.

Jangan sebarkan maklumat tidak sahih kematian di Pasir Gudang - Exco
Exco Kesihatan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar meminta semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berhubung kematian wanita di Pasir Gudang, Sabtu lalu.

Kes HFMD menurun di Negeri Sembilan
S Veerapan berkata terdapat penurunan sebanyak 164 kes berbanding jumlah kes dilaporkan pada Julai 2018.

Jabatan Kesihatan Negeri diarah siasat kes bayi bertukar - Exco
Jabatan Kesihatan Negeri diarah menyiasat termasuk memantau rekod dan prosedur operasi di pusat perubatan swasta di Jitra, bagi mengelak kes tertukar bayi berulang.