"Tolong jangan naikkan harga minyak diesel lagi," rayu pengusaha bas ekspres di Semenanjung Malaysia kepada kerajaan pada Isnin.
Itu antara keluhan Datuk Abu Hasan Awang, seorang pengusaha bas syarikat Cosmic Express dan juga ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) akan kenaikan harga diesel sejak kebelakangan ini dan bilangan penumpang yang dihadkan.
Abu Hasan berkata mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerana COVID-19, bas-bas ekspres hanya dibenarkan mengambil 50 peratus daripada jumlah penumpang, yang bermakna jika bas itu ada 34 tempat duduk hanya 17 penumpang sahaja dibenarkan naik.
"Sebelum ini, harga diesel cuma RM1.40 seliter kami berasa lega sedikit, tetapi semakin perintah kawalan ini dilonggarkan harga diesel pun semakin naik dan kini RM1.63 seliter.
"Jadi macam mana pegusaha nak tanggung kos perjalanan dengan hanya membawa separuh penumpang?
"Kami minta harga diesel itu tolonglah jangan naik," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, pada Isnin.
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, dia hanya mampu membayar gaji pemandu-pemandu basnya selama tiga bulan sahaja.
"Kita ada minta bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), permohonannya lulus tetapi sampai sekarang duit itu masih belum diterima, jadi macam mana?" katanya.
Dalam pada itu, Abu Hasan meminta kerajaan untuk mengkaji semula SOP terhadap pengangkutan awam seperti bas ekspres sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.
Tambahnya, kerajaan perlu memberi sedikit penghargaan kepada pengangkutan awam seperti bas, kerana turut menyumbang kepada ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 08 2020
Isu kenaikan harga diesel sejak kebelakangan ini dan bilangan penumpang yang dihadkan menjadi kegusaran pengusaha bas. -
AWANI Ringkas: Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.
Soket elektrik di bas ekspres tiada piawaian tersendiri - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menetapkan piawaian untuk soket tersebut.
Renjatan elektrik dalam bas: Menteri beri tempoh 2 minggu sediakan laporan lengkap
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebarang tindakan hanya akan diputuskan selepas laporan lengkap dikemukakan.
Tak sangka gurauan 'nak berjalan jauh' jadi kenangan terakhir arwah - Nenek
Jenazah Mohamad Nur Asymawi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puyu selepas Asar semalam.
Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres
Mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, maut di tempat kejadian dengan kecederaan pada jari tangan sebelah kiri.
Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau.
17 bas ekspres dan persiaran disaman kerana tiada pemandu kedua
Menurut JPJ Pulau Pinang, operasi khas yang menyasarkan bas ekspres dan bas persiaran itu berlangsung empat jam bermula tengah malam tadi.
Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu
Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam malam ini.
Penumpang kereta maut dalam nahas babitkan bas ekspres
Mangsa yang maut merupakan penumpang kereta berusia 30 tahun manakala pemandu berusia 40 tahun cedera di bahagian muka.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.