Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan golongan mahasiswa agar jangan mudah termakan dengan sogokan janji-janji populis yang menjanjikan pelbagai perubahan.
Beliau berkata pendapat atau ketidakpuasan hati mereka tentang sesuatu perkara harus dilauhkan ke saluran yanag betul.
Malah, katanya, jika ada idea yang perlu dikembangkan dan disampaikan kepada pemimpin maka ia harus dikemukakan dengan penuh hemah sesuai dengan amalan demokrasi negara ini.
"Adalah menjadi harapan saya agar anda terus menyampaikan idea-idea segar, input-input kreatif dan kritis, pandangan serta harapan terhadap UMNO yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) agar parti ini terus kekal relevan dan menjadi sandaran rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis jamuan malam dan ramah mesra bersama wakil Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan perwakilan Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas) di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di sini, malam ini
Majlis, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 minggui depan, disertai 200 wakil KULN dan 350 perwakilan Pemanas.
Hadir sama Timbalan Menteri Luar merangkap Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara, Datuk Seri Reezal Merican Merican dan Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Tan Sri Ibrahim Abu Shah.
Rosmah juga mengingatkan para mahasiswa agar tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang boleh menyekat dalam proses pencarian dan pemantapan ilmu.
Beliau berkata mahasiswa harus bijak dan berkebolehan membuat perhitungan sebelum bertindak dengan menilai baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman yang dilalui.
"Jika benar-benar minat dalam politik dan soal kepimpinan, seharusnya wacana politik seorang mahasiwa itu berakar umbi kepada masyarakat, seperti memartabatkan pendidikan serta membina ummah yang lebih berintegriti, bersatu padu dan jangan sesekali lupa menyemai perasan hormat kepada pemimpin," katanya.
Rosmah berharap sinergi antara perwakilan Pemanas dan ahli KULN dan pucuk pimpinan UMNO yang dibina akan berterusan dan diteruskan pada masa akan datang untuk memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2016
Beliau berkata pendapat atau ketidakpuasan hati mereka tentang sesuatu perkara harus dilauhkan ke saluran yanag betul.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Jangan mudah termakan dengan sogokan janji populis - Rosmah
Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan golongan mahasiswa agar jangan mudah termakan dengan sogokan janji-janji populis yang menjanjikan pelbagai perubahan.