Pelajar Malaysia di luar negara digesa supaya tidak mudah menerima segala perkara yang disiar tanpa bersandarkan kepada fakta terutama di media sosial, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau menarik perhatian bahawa antara isu yang sering dimainkan ialah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), harga minyak dan kehadiran warga Bangladesh di Malaysia.
"Masyarakat tidak harus percaya apa yang berlegar di media sosial sebagai 'the gospel truth' (satu kebenaran)," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pelajar Malaysia di sini pada Sabtu sempena lawatan kerjanya ke New York.
Ia dihadiri kira-kira 65 pelajar universiti yang terletak di timur Amerika Syarikat.
Beliau seterusnya berkata tidak salah untuk mempunyai perbezaan pendapat, namun pendirian berlainan pihak lain harus turut dihormati.
Ahmad Zahid turut mengingatkan pelajar yang hadir bahawa nama baik dan imej negara terpikul di bahu mereka.
"Kalau kita lakukan sesuatu yang tak baik yang merosakkan imej negara, orang tak kata dia tu dari Pulau Pinang atau Gombak, misalnya, tapi dari Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, beliau mahu pelajar Malaysia di luar negara supaya bercampur dengan masyarakat sekeliling selain menjauhi perbuatan jenayah.
Ahmad Zahid berada di New York untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Bernama
Sun Sep 25 2016
ZAHID: Tidak salah untuk mempunyai perbezaan pendapat, namun pendirian berlainan pihak lain harus turut dihormati.
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
[TERKINI] Azizulhasni dibatal penyertaan keirin pusingan pertama
Nasib malang menimpa Datuk Azizulhasni Awang dalam perlumbaan Sukan Olimpik kelimanya apabila beliau dibatalkan daripada acara Keirin di Paris.
MIC kecewa, dakwa BN gagal bela nasib parti komponen
Sebahagian pemimpin tertinggi MIC yang hadir.
Bekas Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elanggo berucap.
Tan Sri Vigneswara berucap.
Sekitar konvensyen.
Bekas Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elanggo berucap.
Tan Sri Vigneswara berucap.
Sekitar konvensyen.
PM bentang data prestasi ekonomi Madani 17 Ogos ini
Semua kementerian akan mengumpulkan data prestasi atau pencapaian selari kerangka Ekonomi MADANI yang telah dilancarkan pada Julai tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KPM siasat status remaja menyamar doktor
Kementeria Pendidikan sedang mengenal pasti status remaja perempuan menyamar sebagai pegawai perubatan sama ada masih bersekolah atau keciciran.
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus langgar garisan biru, perlu ke repechage
Shah Firdaus Sahrom, menamatkan pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di tempat ketiga dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi tetapi keputusan itu tidak dikira.
Pelajar terbabit 'scam' berdepan tindakan undang-undang
Polis mengesan terdapat kes membabitkan penuntut institut pengajian tinggi yang memberi kebenaran kepada sindiket penipuan dalam talian atau 'scammer' untuk menggunakan akaun bank mereka.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Ogos 2024.
Tumpuan Ahad – 11 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25
Rasai keterujaan setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, bersama juara tiga kali EPL, Lee Sharpe, sebagai pakar pengulas di Astro.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kejayaan para atlet bukan sahaja diukur melalui pencapaian pingat, tetapi juga melalui semangat juang dan usaha keras yang telah ditunjukkan.
Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin
Perjuangan menuntut pembebasan Palestin kini bukan hanya merupakan perjuangan orang Islam, sebaliknya membabitkan perjuangan sejagat.
Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja
Ahmad Zahid berkata cadangan itu sesuai dengan realiti politik semasa yang dibina atas dasar kefahaman antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.
PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata bagi sebarang fitnah yang dibuat, penjelasan akan dibuat kembali oleh jentera parti, dan penerangan berhubung isu berkenaan akan diperhebatkan.
200 pelajar India dihantar ke China belajar TVET - Ahmad Zahid
Kerajaan akan menghantar 200 pelajar kaum India mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke China, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan rasmi antara parti itu dengan Pas, bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid
Majlis Halal Malaysia sedang mengkoordinasi usaha bersama pihak negeri dan agensi kerajaan agar tanah terbiar dapat digunakan untuk memperluas penanaman.
Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata inisiatif itu akan memberikan kemahiran dalam menggunakan peralatan teknologi tinggi kepada pelajar Malaysia.