Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan semua pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menerajui kerajaan sekarang supaya menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak lupa diri dengan jawatan disandang.
Beliau yang juga Presiden PH berkata mereka perlu sentiasa mengingatkan diri bahawa pakatan itu menang atas niat untuk membela nasib rakyat terutamanya golongan miskin sekali gus perlu dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin bagi memenuhi janji itu.
"...apabila (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Mukhriz (Tun Dr Mahathir) kata dalam ceramahnya sebelum Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sampai tadi, dulunya Perdana Menteri dulu (Datuk Seri Najib Tun Razak) semasa nak hadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) cerita bab baik sahaja, boleh menang dua pertiga.
"Saya terfikir, kita dah diuji, dah dapat amanah, dapat pegang jawatan, jangan dok lupa, betul dak? Jangan dok keliling orang nak cerita yang baik-baik sahaja. Jangan lupa kita menang atas niat, atas janji kita nak bela rakyat terutama rakyat termiskin.
"...ini yang dikatakan kita akan diuji. Dulu kita tidak ada jawatan...jadi bila ada jawatan ini kadang-kadang lupa, lupa daratan, itu saya nak habaq (beritahu) dekat diri saya sendiri terutamanya," katanya ketika berucap pada Program Jelajah Malaysia Baharu peringkat negeri di sini pada Sabtu.
Turut hadir Tun Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH, dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pertahanan merangkap Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, serta Mukhriz merangkap Pengerusi PH Kedah.
Sementara itu, Mohamad berkata sokongan rakyat untuk melihat Malaysia kembali pulih kepada keadaan asal dilihat sangat tinggi.
Beliau berkata bukti sokongan itu dapat dilihat melalui sambutan rakyat terhadap Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) yang cukup baik dan hangat sejak ia dilancarkan Mei lalu.
"Mereka turut sama untuk membantu mengurangkan hutang negara yang mencecah lebih RM1 trilion.
"Jadi saya minta rakyat untuk terus beri sokongan kepada kerajaan dan saya juga yakin kita mampu hakis tohmahan bahawa kita tidak peduli kaum Melayu," katanya.
Mohamad berkata beliau melihat lebih ramai kaum Melayu yang mula menyertai parti-parti dalam PH bagi memastikan adanya keseimbangan semua kaum dalam pemerintahan kerajaan di bawah PH.-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 25 2018
Para pemimpin perlu sentiasa mengingatkan diri bahawa pakatan itu menang atas niat untuk membela nasib rakyat.
AWANI Pagi: PETRA Perkasa Peralihan Ke Tenaga Boleh Baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Borrell kecewa, tidak mampu hentukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) yang akan bersara, Josep Borrell berkata pada Jumaat bahawa beliau meninggalkan Brussels "dengan perasaan kecewa yang amat sangat" berikutan "ketidakmampuan untuk
Serangan Israel bunuh puluhan di Gaza
Serangan tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin di Gaza sepanjang malam dan pada Jumaat, menurut pasukan perubatan.
Pasukan perubatan melaporkan penemuan 19 mayat di utara Nuseirat, salah satu daripada lapan kem pelarian lama di Gaza.
Pasukan perubatan melaporkan penemuan 19 mayat di utara Nuseirat, salah satu daripada lapan kem pelarian lama di Gaza.
Rundingan gencatan senjata Gaza disambung semula
Delegasi Hamas dijangka tiba di Kaherah pada Sabtu untuk rundingan dengan pegawai Mesir mengenai gencatan senjata di Gaza.
Lawatan ini diadakan beberapa hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan usaha baharu bersama Qatar, Mesir, dan Turki untuk menghidupkan semula rundingan gencatan senjata tersebut.
Lawatan ini diadakan beberapa hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan usaha baharu bersama Qatar, Mesir, dan Turki untuk menghidupkan semula rundingan gencatan senjata tersebut.
Konflik Asia Barat: Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan A.S - Laporan
Arab Saudi telah menghentikan usahanya untuk mendapatkan perjanjian pertahanan yang komprehensif dengan Washington sebagai pertukaran untuk menormalkan hubungan dengan Israel.
Hezbollah janji koordinasi laksana gencatan senjata
Ketua Hezbollah, Naim Qassem, pada Jumaat menegaskan pihaknya akan berkoordinasi rapat dengan tentera Lubnan untuk melaksanakan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.
Beliau menyatakan bahawa perjanjian tersebut telah dipersetujui dengan penuh keyakinan dan penghormatan terhadap hak mereka untuk mempertahankan diri.
Beliau menyatakan bahawa perjanjian tersebut telah dipersetujui dengan penuh keyakinan dan penghormatan terhadap hak mereka untuk mempertahankan diri.
Kesihatan: Kes kelima strain mpox baharu dikesan di UK
Satu lagi kes strain baharu mpox, Clade Ib mpox, telah dikesan di United Kingdom (UK), menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada lima kes, kata Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Industri aeroangkasa: Sarawak perlu tenaga kerja kualiti tinggi
Sarawak memerlukan tenaga kerja berkualiti tinggi bagi menyokong misinya ke arah menjadi hab bagi industri aeroangkasa Malaysia.
Agrobank tawar moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir
Agrobank mengumumkan pelan bantuan banjir yang menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan yang terkesan akibat banjir.
Bencana banjir: JBPM Terengganu masih mampu berdepan banjir semasa
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.
Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.