KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau fitnah berkaitan dengan perkara yang melibatkannya.
Peguam Muhammad Nadir dari Tetuan Chambers of Zainul Rijal dan Tetuan Ridha dan Rai, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Ridha Abdah Subri dalam satu kenyataan menjelaskan, ia tertakluk kepada pihak polis untuk menyelesaikan siasatan mereka mengikut undang-undang tanpa sebarang gangguan.
Jelas mereka, kegagalan mematuhinya mungkin akan menyebabkan pihak tersebut juga akan diambil tindakan undang-undang.
Dalam satu kenyataan, mereka memaklumkan telah diarahkan untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan pendirian Muhammad Nadir.
Berdasarkan kenyataan yang tular sebelum ini dilaporkan bahawa Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Muhammad Nadir dikehendaki untuk memberi keterangan berhubung dengan laporan yang dibuat oleh seorang pendakwah terkenal.
BACA: Nadir Al-Nuri jawab tanda tanya Ebit Lew mengenai sumbangan RM20 juta ke Gaza
BACA: Laporan Ebit Lew, PDRM mohon bantuan Interpol kesan Nadir, Caprice
Dilaporkan juga beliau berkata sudah berbual dengan Muhammad Nadir, tetapi tidak dibalas dan beliau meminta bantuan Interpol bagi mengesannya dan seorang yang lain.
Muhammad Nadir turut menegaskan ada berbalas pesanan dengan beberapa anggota polis dan menafikan tidak membalasnya.
Mereka juga mengetahui di mana Muhammad Nadir berada sekarang.
Muhammad Nadir juga menjelaskan sedia memberikan kerjasama penuh di dalam apa jua siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Malah, kenyataan itu menjelaskan, semua pihak termasuk polis mengetahui Muhammad Nadir sekarang berada di Gaza, Palestin.
Oleh yang demikian, peguam Muhammad Nadir memaklumkan, tiada keperluan untuk meminta bantuan Interpol untuk mengesannya.
Malah jelas kenyataan itu, Superintendan Ashari sudah berhubung dengan Muhammad Nadir dan meminta kerjasama dalam siasatan tersebut.
Jelas kenyataan itu, Muhammad Nadir juga sudah memaklumkan sedia memberikan kerjasama.
Bagaimanapun, menurut kenyataan tersebut, sebagaimana diketahui umum Muhammad Nadir dan individu lain juga menghadapi kesukaran untuk keluar dari Gaza dan masuk semula jika beliau keluar buat masa ini.
Sempadan keluar masuk Gaza kini dikawal ketat oleh pihak berkuasa memandangkan situasi terkini di Palestin.
Peguam itu memaklumkan, Muhammad Nadir juga sedang melanjutkan pengajian beliau di Gaza dan melaksanakan pelbagai aktiviti masyarakat sivil membantu warga Gaza di sana khususnya bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia.
Jelas kenyataan itu, Muhammad Nadir sedia memberi kerjasama dalam apa jua keterangan yang dibuat menurut undang-undang demi membantu keadilan dilaksana.
Sehingga kini juga Muhammad Nadir masih belum mengetahui butiran laporan polis yang dibuat oleh
pihak terbabit secara terperinci.
Kenyataan itu menjelaskan, polis juga boleh menghubungi peguam Muhammad Nadir untuk
memudahkan segala perancangan mengambil keterangan tersebut dan siasatan dapat disempurnakan.
Astro Awani
Sat Aug 21 2021
Muhammad Nadir turut menegaskan ada berbalas pesanan dengan beberapa anggota polis dan menafikan tidak membalasnya. - Facebook@nadiralnuri
IRC 2025: Malaysia tekankan keseimbangan antara inovasi dan perlindungan pengguna
Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meneroka cabaran dalam menuju revolusi digital yang selamat dan mampan.
Gempa bumi di Tibet ragut 95 nyawa, 130 cedera
Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 130 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
Data peribadi pengguna selamat, tahap keselamatan kod QR di tahap tinggi - JIM
Aspek keselamatan data pengguna dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bagi mengelak kecurian data.
Syria tidak dapat import keperluan asas susulan sekatan AS
Syria tidak dapat membuat perjanjian untuk mengimport bahan api, gandum dan barang-barang penting lain disebabkan sekatan ketat dikenakan Amerika Syarikat.
Pemimpin Kanada gesa Trudeau bertindak sebelum lepas jawatan
Barisan Premier dan pemimpin parti di Kanada menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman dibuat Presiden Terpilih Amerika Syarikat Donald Trump.
Sarawak perlu lebih 800,00 pekerja ladang kelapa sawit
Menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Negeri Datuk Seri Stephen Rundi Utom, jumlah berkenaan hanya melibatkan ladang yang diuruskan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dan tidak mengambil kira sektor pertanian lain.
SE terima tawaran bangunkan projek solar 15-MWAC
Sabah Electricity (SE) memperoleh tawaran pembinaan projek Large-Scale Solar Photovoltaic (LSSPV) sebanyak 15 Megawatt AC (MWAC) daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS) yang akan membantu meningkatkan margin rizab grid elektrik Sabah.
MAH nyatakan komitmen jayakan TMM2026
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) sedia bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan kejayaan usaha pelancongan Malaysia menerusi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Thailand lepasi sasaran 35 juta pelancong pada 2024, jana 1.67 trilion baht
China menjadi pasaran sumber pelancong terbesar Thailand pada 2024, menyumbang 6.7 juta pelawat, diikuti Malaysia (4.9 juta).
Penipuan dalam talian ancam reputasi Malaysia sebagai lokasi perniagaan selamat
Jenayah senyap yang menjejas ekonomi global itu tidak hanya melibatkan individu, namun secara ketara turut merencatkan ekonomi.
Tiga konvoi bantuan ke UAE tiba di Gaza dalam operasi Chivalrous Knight 3
Tiga konvoi bantuan kemanusiaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) memasuki Semenanjung Gaza minggu ini melalui Pintu Sempadan Rafah di Mesir.
10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024
Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media pada Sabtu.
70 rakyat Palestin syahid di Gaza dalam sehari
Serangan ini berlaku ketika usaha diplomasi sedang giat dilaksanakan untuk mencapai gencatan senjata.
Pemimpin Israel diekori, didesak bebaskan tebusan
Kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari rumahnya ke sebuah rumah ibadat.
IDF kongsi rakaman operasi ketenteraan di Gaza
Menerusi rakaman, tentera Israel menunjukkan operasi di bangunan yang musnah sambil melepaskan tembakan.
Serangan udara Israel di Tebing Barat melampaui batas - PBB
Laporan turut mendedahkan 2024 mencatatkan jumlah tertinggi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di Tebing Barat dalam hampir dua dekad.
Serangan Israel di hospital Gaza, UNSC adakan sidang tergempar
Mesyuarat itu diminta oleh Algeria yang kini memegang jawatan Presiden bergilir-gilir Majlis Keselamatan PBB dari 1 hingga 31 Januari 2025.
Serangan terhadap hospital di Gaza berpotensi jadi jenayah perang - PBB
Menyerang hospital dan tempat rawatan bagi yang sakit dan cedera secara sengaja selagi ia bukan sasaran ketenteraan adalah jenayah perang.
IOM beri amaran kesan buruk musim sejuk terhadap penduduk di Gaza
IOM amat bimbang dengan kesan buruk hujan musim sejuk dan suhu beku ke atas penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza.
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya keganasan, kekejaman berterusan di Gaza
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan dan bersasar oleh rejim Zionis Israel ke atas orang awam di Gaza.