JOHOR BAHRU: Sistem perkhidmatan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilihat sudah terlalu 'kuno' dengan lebih daripada 10 tahun dan memerlukan anjakan paradigma ke arah digitalisasi.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pendigitalisasi untuk jangka panjang perlu bagi memastikan semua perkhidmatan di kaunter JPJ lebih efisien dan tidak menyusahkan rakyat.
"Saya akan cuba sedaya upaya mengimbangi jurang di antara perancangan JPJ dan aspirasi rakyat. Apa yang penting, perkhidmatan yang diberikan perlulah sentiasa baik, lancar, menjimatkan masa dan memenuhi kehendak orang ramai," katanya dalam perkongsian di Facebooknya selepas mengadakan lawatan mengejut ke JPJ cawangan Johor di Taman Daya, Johor Bahru, pada Ahad.
Dalam masa sama, Ka Siong juga menzahirkan rasa kecewa dan kesal dengan pengoperasian JPJ cawangan Johor di Taman Daya sehingga mengakibatkan orang ramai terpaksa beratur lama.
Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati kesesakan itu dipercayai akibat kekurangan mesin cetak Lesen Memandu Malaysia (LMM) dengan hanya dua mesin cetak sahaja yang berfungsi.
"Perkara ini amat mengecewakan dan saya terus menghubungi serta mengarahkan Percetakan Keselamatan Nasional (PKN) segera membaiki atau menghantar mesin cetak LMM.
"Jangan buang masa orang ramai beratur panjang dan berjemur di bawah matahari yang terik. Pihak PKN berjanji akan melakukan tindakan serta-merta.
"Saya juga tegur warga JPJ Johor agar memantau rapi kesesakan di bangunan JPJ khususnya pada hari Ahad dan segala kesulitan yang dihadapi bolehlah dilaporkan terus kepada saya. Saya beri terus nombor telefon bimbit saya kepada pegawai JPJ Johor. Saya pesan, jangan biarkan orang awam menunggu berjam-jam hanya kerana mahu mendapatkan cetakan LMM," katanya lagi.
Susulan lawatan itu, Ka Siong berkata, beliau mengarahkan ibu pejabat JPJ supaya mengumpul maklumat dari semua cawangan JPJ termasuk Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan pejabat pos mengenai prestasi terkini pencetakan LLM Lesen Kenderaan Motor (LKM) menggunakan mesin cetak yang dibekalkan oleh PKN.
"Saya tidak mahu situasi yang sama di JPJ Johor berlaku di tempat lain yang akhirnya membazir masa rakyat. Rakyat tentu marah jika terpaksa lari ke sana ke sini untuk urusan LMM atau LKM yang sepatutnya diselesaikan dengan mudah dan cepat," tegas Ka Siong lagi.
Umavathi Ramayah
Sun Nov 28 2021
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengadakan lawatan mengejut ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Johor di Taman Daya, Johor Bahru, pada Ahad. - Gambar Facebook WEE KA SIONG
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025
JPJ Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan Op Khas TBC 2025 yang bermula pada 20 Jan lepas.
JPJ cadang wujud pasukan tindakan khas
Beliau berkata pasukan itu akan berfungsi antaranya bagi menjalankan operasi khas, risikan selain membantu negeri menyelesaikan sesuatu isu.
JPJ Kedah kutip saman tertunggak kenderaan asing lebih RM100,000
Kutipan tertinggi direkodkan terhadap seorang pemandu dan pemilik van Thailand berusia 45 tahun.
Ops Tunggak: 182 pemandu, 163 kenderaan ada rekod saman tertunggak
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata selain itu sebanyak 16 kenderaan dari Thailand telah disita sepanjang tempoh berkenaan.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak menerusi inisiatif kompaun khas RM150
Mereka yang gagal membayar tunggakan saman juga tidak boleh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga ia dijelaskan.
Op Tahun Baru Cina 2025: 17 bas ekspres tidak dibenarkan bawa penumpang
Setakat 23 Jan, 24 kes dikenal pasti tidak mencapai standard keselamatan ditetapkan membabitkan bas ekspres daripada sembilan syarikat.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.