Kerajaan akan membantu keluarga Muhammad Syukur Khamis yang kematian 50 ekor kerbau peliharaan mereka mengikut kesesuaian dan keperluan semasa, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim.
Katanya kematian haiwan itu yang dipercayai akibat penyakit hawar berdarah atau Heamoragic Septicaemia adalah satu perkara yang sangat serius dan perlu diberi perhatian segera bagi mengelakkan jangkitan ke kawasan ternakan yang lain.
"Keutamaan sekarang ialah memastikan kerbau ternakan keluarga ini tidak keluar dari kandang dan tidak bercampur dengan haiwan peliharaan penternak lain," katanya kepada pemberita ketika meninjau kandang kerbau milik keluarga remaja yang terkenal dengan gelaran 'Mowgli Malaysia' itu di Kampung Kubang Bujuk di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat, Ariffin Deraman berkata kerajaan negeri juga akan menyalurkan bantuan melalui Tabung Bencana untuk meringankan urusan keluarga tersebut.
Dalam pada itu, bapa Muhammad Syukur, Khamis Jusoh, 64 berterima kasih kepada dua pemimpin tersebut yang meluangkan masa melihat sendiri situasi terbaharu di kandang miliknya tersebut.
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI: Hawar berdarah ragut 35 ekor kerbau peliharaan, 'Mowgli Malaysia' berduka
Apa itu hawar berdarah punca kerbau 'Mowgli Malaysia' mati bergelimpangan?
"Kami sekeluarga berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan baki kerbau yang masih ada ... terima kasih kepada semua yang mendoakan dan prihatin dengan kami," katanya yang mengusahakan penternakan kerbau sejak 50 tahun lepas.
Muhammad Syukur mula terkenal apabila gambar-gambar yang menampilkan kemesraannya dengan lebih 100 ekor kerbau peliharaan keluarganya tular, selain gambar tersebut turut tersenarai sebagai antara 20 yang terbaik dunia.
Bernama
Wed Sep 16 2020

Ahmad Amzad Hashim berkata, kematian haiwan itu yang dipercayai akibat penyakit hawar berdarah atau Heamoragic Septicaemia adalah satu perkara yang sangat serius. - FB/ Haji Ahmad Amzad Hashim

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Jangan pindahkan haiwan ternakan dari kawasan hawar berdarah ke daerah lain - Exco
Perbuatan berkenaan adalah kesalahan serius kerana boleh menyebabkan penyebaran wabak penyakit itu ke kawasan lebih luas.

Jangan bersedih, 'Mowgli' ... kerajaan tidak pinggirkan keluargamu
Kerajaan akan membantu keluarga Muhammad Syukur Khamis yang kematian 50 ekor kerbau peliharaan mereka mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.

Tiada lagi aksi Semek yang manja...
Setakat pagi ini, jumlah keseluruhan kematian kerbau yang direkodkan ialah sebanyak 50 ekor.

Kandang kerbau keluarga Syukur diisytihar kawasan larangan
Hanya pemilik kandang dibenarkan memasuki kawasan tersebut, bagi mengelak jangkitan penyakit hawar berdarah ke kawasan lain.

Hawar berdarah ragut 35 ekor kerbau peliharaan, 'Mowgli Malaysia' berduka
Wabak hawar berdarah menjadi punca kematian sekurang-kurangnya 35 ekor kerbau peliharaan bapa Muhammad Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia'.

Penyakit hawar berdarah terkawal - Shabery
JPV Terengganu melakukan vaksin kepada hampir 2,000 lembu dan kerbau di 160 ladang ternakan di Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.