KUALA LUMPUR: Orang ramai yang secara berterusan mempunyai simptom demam denggi seperti demam berterusan, cirit birit dan sakit badan walaupun diuji negatif COVID-19, dinasihatkan untuk menjalani ujian demam itu di fasiliti perubatan, kata Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai.
Beliau berkata bahaya demam denggi masih ada dan relevan, tetapi orang ramai kini lebih suka tidak mengendahkannya kerana mereka lebih berjaga-jaga terhadap COVID-19, berbanding dengan penyakit lain selepas hidup dalam pandemik itu selama lebih dua tahun.
"Dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk ujian denggi, jika demam berterusan dan rasa tidak sihat, kerana pada ketika ini tidak seperti COVID-19 tiada kit ujian diri tersedia untuk denggi.
"Orang ramai lebih risaukan mengenai COVID-19 dan sering terlupa mengenai denggi ketika pandemik ini. Bagaimanapun denggi masih ada dan ia satu ancaman penyakit yang kita perlu perhatikan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Dr Koh menambah bahawa sesiapa sahaja tanpa mengira umur boleh menghidap penyakit yang serius akibat denggi atau COVID-19, dan kedua-dua jangkitan lebih berkemungkinan menyebabkan komplikasi kronik pada orang dewasa seperti diabetes dan penyakit jantung, selain kanak-kanak kecil.
Beliau menjelaskan bahawa keadaan pesakit akan menjadi lebih teuk lagi jika mereka dijangkiti COVID-19 dan denggi secara bersekali, kerana ia melemahkan sistem imun, dan pesakit lebih terdedah untuk berada dalam keadaan kritikal.
Bagaimanapun beliau berkata kebanyakan kes denggi mungkin tidak memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital dan boleh diuruskan di rumah, walaupun pesakit dikehendaki untuk bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan darah bagi memantau kiraan darah mereka setiap hari.
Beliau berkata, kebanyakan pesakit akan berasa lebih sihat dalam masa kira-kira seminggu selepas mengambil ubat sokongan dan penjagaan yang betul seperti yang diarahkan oleh doktor.
"Sekiranya mereka disahkan positif denggi di pusat perubatan, pesakit akan dinasihatkan oleh doktor jika mereka boleh dirawat di rumah atau memerlukan pemantauan lanjut di hospital, dan menggalakkan mereka minum banyak air dan cecair elektrolit untuk kekal terhidrat.
"Doktor juga akan menasihatkan pesakit supaya berhati-hati terhadap sebarang tanda bahaya denggi seperti kerap muntah dan/atau cirit-birit, sakit perut, mengantuk atau meragam, kesukaran bernafas, bintik merah atau tompok pada kulit, pendarahan dari hidung atau gusi, muntah darah, najis berwarna hitam, atau haid yang banyak.
"Sekiranya penjaga atau pesakit sendiri menyedari mana-mana tanda ini, sila pergi ke hospital atau bahagian kecemasan terdekat dengan segera," kata Dr Koh.
Dr Koh berkata pesakit boleh dijangkiti denggi lebih daripada sekali, kerana terdapat empat 'serotypes' denggi iaitu DENV1, DENV2, DENV3 dan DENV4. Seseorang boleh dijangkiti denggi sehingga empat kali seumur hidup, dan ada kemungkinan ia boleh menjadi lebih teruk pada jangkitan kedua, menyebabkan pesakit berkemungkinan menghidapi denggi yang lebih teruk yang boleh mengakibatkan pendarahan dan kematian.
"Oleh kerana terdapat empat 'serotype' virus denggi, jika pesakit dijangkiti salah satu dan pulih daripadanya, pesakit akan imun terhadap 'serotype' tersebut, tetapi masih terdedah kepada tiga 'serotype' yang lain," katanya.
Dr Koh berkata orang ramai perlu mematuhi nasihat Kementerian Kesihatan untuk menjaga kebersihan rumah dan persekitaran, serta memastikan ia bebas daripada tempat pembiakan nyamuk kerana seseorang itu boleh dijangkiti denggi sama ada di dalam atau di luar rumah, walaupun kajian menunjukkan bahawa peluang lebih tinggi semasa berada di luar rumah.
"Malah di dalam rumah, ramai yang terlupa memastikan tiada tempat pembiakan terutama di kawasan basah dan air bertakung seperti kawasan dapur dan bilik air. Justeru, kawasan dalam rumah masih berisiko dijangkiti denggi," katanya.
Maklumat ini tersedia kepada orang ramai untuk tujuan maklumat sahaja; ia tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan perundingan dengan penyedia penjagaan kesihatan. Sila rujuk kepada pembekal penjagaan kesihatan anda untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Mesej khidmat masyarakat ini disokong oleh Takeda Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Orang ramai dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk ujian denggi, jika demam berterusan dan rasa tidak sihat. - Gambar hiasan
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
Pahang rekod 1,409 kes demam denggi, lima kematian
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merekodkan sebanyak 1,409 kes demam denggi dengan lima kematian setakat 28 Sept lepas.
Kes demam denggi meningkat pada ME 36, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,870 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 36 iaitu pada tempoh 1 hingga 7 Sept.
Kes demam denggi menurun, satu kematian direkod pada ME34 - KKM
Kes demam denggi mencatatkan penurunan pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34) iaitu bagi tempoh 18 hingga 24 Ogos lepas kepada 1,980 kes berbanding 2,294 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi menurun pada ME31, lima kematian direkod
KKM memaklumkan kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
JKNT rancang tambah tujuh lokasi Terengganu bebas asap rokok
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merancang untuk menambah tujuh lagi kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR) di seluruh negeri sebelum akhir tahun ini.
Kempen ‘GUARD OUR FUTURE’ KAO tiba di Malaysia, kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor banteras denggi
61,080 produk Biore GUARD Mos Block Serum disumbangkan bersama penganjuran program pendidikan dan kesedaran di 50 sekolah serata Selangor.