Kerajaan akan memulakan projek pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Perak di antara Kampung Seberang Manong ke Pekan Manong pada Mac 2017.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perlaksanaan itu membuktikan pengumuman projek bernilai hampir RM44 juta itu bukan untuk meraih undi pada Pillihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.
"Jambatan ini adalah salah satu permintaan Allahyarham. Memang berapa kali dia jumpa dan buat permohonan ini.
"Ia juga permimpin-pemimpin setempat kita. Alhamdulillah ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia bukan disebabkan pilihan raya tetapi sebenarnya adalah dalam perancangan untuk kita laksanakan," katanya.
Fadillah berkata demikian semasa sidang media selepas melawat tapak projek pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Perak di antara Kampung Seberang Manong ke Pekan Manong di sini hari ini.
Jambatan itu akan memendekkan perjalanan, menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, menyediakan jalan perhubungan yang selesa dan menjamin tahap keselamatan penduduk setempat.
Perancangan pembinaannya dijadual bermula pada 1 Mac 2017 dan dijangka siap pada 1 Mac 2019.
Ia sekali gus kemudahan infrastruktur asas antara penduduk dan pelajar sekolah khasnya dari Seberang Manong yang selama ini menggunakan bot tambang menyeberangi Sungai Perak untuk ke Pekan Manong.
Sebelum ini, Najib mengumumkan pembinaan jambatan Manong dengan kos sebanyak RM43.5 juta sebagai hadiah kepada rakyat sempena bulan Ramadan.
Pembinaan jambatan itu adalah salah satu daripada janji yang diikrarkan oleh calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd. Yazid dan merupakan antara impian bekas ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Wan Syamsul Amly
Thu Jun 16 2016
![Jambatan Manong akan mula dibina Mac 2017 Jambatan Manong akan mula dibina Mac 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466073868_FadillahYusof.jpg)
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof meninjau tapak projek pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Perak di antara Kampung Seberang Manong ke Pekan Manong (Kampung Simpang Melembu) hari ini. - Foto Bernama
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721041521_TBFGV.jpg)
FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang
FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang diperkasa, sekali gus mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
![Kerajaan jalankan penyelidikan impak kehadiran mikroplastik terhadap kualiti air - Fadillah Kerajaan jalankan penyelidikan impak kehadiran mikroplastik terhadap kualiti air - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Kerajaan jalankan penyelidikan impak kehadiran mikroplastik terhadap kualiti air - Fadillah
Kerajaan melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang giat menjalankan penyelidikan berkaitan impak kehadiran bahan cemar baharu terhadap kualiti air.
![Syarikat perladangan disaran wujud rangka kerja mampan sokong agenda ESG - TPM Fadillah Syarikat perladangan disaran wujud rangka kerja mampan sokong agenda ESG - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720956991_TBFADILLAHFGV.jpg)
Syarikat perladangan disaran wujud rangka kerja mampan sokong agenda ESG - TPM Fadillah
Beliau juga mengingatkan agar semua organisasi dalam negara, untuk turut sama memberi komitmen membangunkan rangka kerja berkenaan.
![15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri 15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720671192_AkmalNasrullahMohd.jpg)
15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri
Lima belas syarikat dipilih bagi melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di tujuh negeri yang telah dikenal pasti.
![Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah
Fadillah berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.
![LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717921134_FadillahYusof.jpg)
LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah
PETRA mempunyai pasukan untuk melihat segala laporan termasuk LKAN berhubung kait dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
![Banci Pertanian 2024: Pengukuhan sistem statistik pertanian negara Banci Pertanian 2024: Pengukuhan sistem statistik pertanian negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637063766_pertanian.jpg)
Banci Pertanian 2024: Pengukuhan sistem statistik pertanian negara
Pelaksanaan Banci Pertanian dapat mewujudkan kerangka data pertanian yang merangkumi pelbagai aspek.
![Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719933494_TBFadillahYusof.jpg)
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.