PUTRAJAYA: Kerajaan melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang giat menjalankan penyelidikan berkaitan impak kehadiran bahan cemar baharu terhadap kualiti air di beberapa lembangan sungai di Malaysia di bawah Rancangan Malaysia ke-12, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata bahan cemar berkenaan termasuk bahan pengganggu endokrin (EDCs), kerintangan antimikrob (AMR) dan juga mikroplastik.
"Bahan cemar baharu yang menjadi tumpuan di peringkat antarabangsa adalah pencemaran berkaitan mikroplastik di dalam sumber air di Malaysia.
"Mikroplastik mengikut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah serpihan plastik bersaiz kurang daripada 5 mm dan ia memasuki sistem sungai melalui beberapa cara, terutamanya dari larian air permukaan, efluen air sisa (terawat dan tidak dirawat), efluen perindustrian dan sisa plastik terurai," kata beliau.
Fadillah berkata demikian dalam ucapannya sempena Seminar Mikroplastik Kebangsaan Pertama anjuran NAHRIM bersama Frontier Laboratory Ltd., Japan dan Persatuan Penyelidikan Air Malaysia, di sini hari ini.
Memetik daripada Laporan World Economic Forum 2023, Fadillah berkata seseorang terdedah kepada pengambilan plastik secara tidak sengaja melalui bawaan air sebanyak lima gram seminggu.
"Kerajaan komited untuk meningkatkan kualiti air sungai dengan kerjasama kerajaan negeri dan sektor berkepentingan lain melalui langkah-langkah strategik. Namun, usaha-usaha kerajaan ini tidak akan berhasil sekiranya kesedaran pada peringkat komuniti tentang kepentingan memelihara sumber air masih rendah," katanya.
Sementara itu, semasa sidang media Fadillah berkata walaupun penggunaan plastik tidak dapat dielakkan, penggunaannya perlu diimbangi agar ancaman kepada alam sekitar dapat dikurangkan.
"Jadi hasil daripada program ini, kita akan dapat mengetahui kedudukan di Malaysia melalui hasil penyelidikan yang sedang dibuat di empat sungai, apakah dasar yang dapat di bangunkan pada masa depan.
"Kita boleh kemukakan kepada kerajaan untuk kita tangani cabaran-cabaran baharu dalam konteks pencemaran, khususnya mikroplastik," katanya sambil menambah bahawa standard kualiti air minum adalah di bawah Kementerian Kesihatan dan ia akan dilihat sekiranya standard air perlu ditambah baik dan apakah skopnya.
Ketua Pengarah NAHRIM Mohd Zaki Mat Amin yang turut hadir pada majlis hari ini berkata kerja-kerja penyelidikan berkaitan pencemaran mikroplastik meliputi kerja-kerja persampelan,?pengumpulan data-data lapangan dan analisis makmal.
"Lembangan sungai terpilih dalam penyelidikan ini ialah Lembangan Sungai Langat, Lembangan Sungai Kelantan, Lembangan Sungai Klang dan Lembangan Sungai Sarawak. Hasil penyelidikan mendapati purata kelimpahan mikroplastik di empat lembangan sungai tersebut adalah diantara 179.6 partikel per liter sehingga 4541.4 partikel per liter.
"Purata kelimpahan mikroplastik di setiap lembangan sungai ini dipengaruhi oleh aktiviti antropogenik seperti akitiviti industri dan domestik selain pengurusan sisa pepejal tidak terurus yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai," kata beliau.
Mohd Zaki seterusnya menyatakan penemuan mikroplastik di persekitaran akuatik Malaysia secara langsung memberi gambaran bahawa ekosistem negara juga sedang diancam oleh masalah global ini dan lebih membimbangkan ialah hidupan air yang termakan microplastik dan secara tidak langsung mendedahkan manusia kepada mikroplastik melalui jaringan makan.
Di Malaysia, dianggarkan secara purata sebanyak sembilan bilion plastik digunakan oleh rakyat Malaysia setiap tahun.
Di laporkan sebelum ini pada tahun 2023, kadar kitar semula negara berada di tahap 35.38 peratus, manakala pengurusan sisa plastik buat masa ini adalah tidak terurus, menimbulkan kebimbangan berkaitan kesan pencemaran plastik kepada alam sekitar dan sungai khususnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Fadillah berkata, bahan cemar berkenaan termasuk bahan pengganggu endokrin (EDCs), kerintangan antimikrob (AMR) dan juga mikroplastik. - Gambar fail

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.

Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan perluas penggunaan kod QR kepada kereta tahun ini
Fadillah berharap langkah ini akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan mengurangkan kesesakan di pintu masuk negara.

Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

PETRA, Suruhanjaya Tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini.

DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah
Fadillah menekankan bahawa walaupun teknologi merupakan pemacu kemajuan, modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.