PEKAN: Sebuah jambatan kekal di Kilometer 73, Seksyen 102, FT 12 Lebuhraya Kuantan-Segamat di sini akan dibina bagi menggantikan jambatan Bailey yang dipasang ekoran kejadian jalan mendap baru-baru ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata setakat ini pihaknya telah pun membuat permohonan peruntukan bernilai RM17 juta kepada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan bagi pembinaan jambatan kekal berkenaan.
"Kita merancang untuk membina jambatan kekal di jalan asal laluan ini bagi menggantikan jambatan Bailey yang dipasang buat sementara waktu. Jangkaan pembinaannya dianggarkan mengambil masa dua atau tiga tahun," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja pemasangan jambatan Bailey itu hari ini.
Ahmad berkata proses pemasangan jambatan Bailey jenis Acrow 700XS (double lane) sepanjang 30.48 meter dengan lebar 9.3 meter itu adalah paling pantas iaitu hanya tiga hari selepas dimulakan pada 11 Jan lepas, berbanding kebiasaan yang memakan masa lima hingga tujuh hari.
Proses pemasangan itu melibatkan 31 tenaga kerja termasuk masing-masing 12 orang dari Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang dan JKR Daerah Temerloh serta tujuh dari Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pahang Barat.
Ahmad bagaimanapun berkata laluan itu masih tidak dapat dibuka kepada orang ramai kerana belum ditar ekoran cuaca hujan yang berterusan, dengan kerja hamparan premix akan dilaksanakan segera bergantung kepada keadaan cuaca.
"Jika ada cuaca panas walaupun setengah hari ia sudah membolehkan kita untuk tar jalan ini, jadi saya berharap orang ramai bersabar dengan hal ini," katanya sambil menjelaskan kos bagi kerja tar jalan tersebut bernilai RM550,000.
Beliau berkata setakat ini selain di Pekan, dua lagi jambatan Bailey yang telah dipasang di ekoran bencana pada musim tengkujuh kali ini ialah di Melaka dan Jeli, Kelantan.
Pemasangan jambatan Bailey di Pekan dibuat selepas jalan itu mendap pada 1 pagi 7 Jan lepas, dipercayai akibat pergerakan air ekoran limpahan sungai berhampiran ekoran hujan berterusan, menyebabkan jalan itu ditutup kepada semua jenis kenderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024

Ahmad (depan tiga, kanan) berbincang sesuatu dengan pegawai JKR semasa meninjau jambatan panel kelili bermodula atau lebih dikenali jambatan bailey yang dipasang di Kilometer 73 Seksyen 102 FT12 Lebuhraya Kuantan-Segamat hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.

Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.