SIBU: Kerja-kerja pembinaan Jambatan Batang Lassa menghubungkan Pulau Bruit dengan pekan Daro melalui rangkaian jalan pesisir dijangka dapat disiapkan pada Disember ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro Safiee Ahmad berkata setakat 25 Mac lepas, projek Kerajaan Sarawak itu sudah mencapai tahap 91.36 peratus siap.
Beliau berkata Jambatan Batang Lassa merupakan antara tiga projek jambatan dibina kerajaan negeri di kawasan pesisir iaitu Jambatan Batang Paloh dalam kawasan DUN Semop dan Jambatan Batang Igan dalam kawasan DUN Jemoreng.
"Insya-Allah sambutan Aidilfitri pada 2025, rakyat tidak perlu lagi menggunakan feri di Muara Batang Lassa seperti sekarang," katanya kepada Bernama ketika ditanya perkembangan terkini projek pembinaan jambatan berkenaan.
Projek pembinaan Jambatan Batang Lassa menyeberangi Batang Lassa sepanjang 2.43 kilometer merupakan jambatan terpanjang menyeberangi sungai di Sarawak melibatkan kos RM597.58 juta dan telah dirasmikan pembinaannya pada 2019.
Sementara itu, Safiee berkata menjelang Aidilfitri ini, perkhidmatan feri ditambah daripada dua kepada tiga feri manakala waktu operasi juga dilanjutkan dari 4 pagi hingga 12 tengah malam bagi menampung jumlah peningkatan kenderaan.
Beliau berkata dengan penambahan feri dan waktu beroperasi, masa menunggu giliran kenderaan memasuki feri menjadi singkat lebih kurang 30 minit sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024

Setakat 25 Mac lepas, projek Kerajaan Sarawak itu sudah mencapai tahap 91.36 peratus siap. - Foto: Facebook Raduan Bin Serap
Sarawak bangunkan dua fasiliti pascaperubatan ala resort
Bukan sekadar Kalimantan, sektor pelancongan kesihatan di Sarawak kini menyasarkan pelanggan dari Jakarta, Kemboja serta Hong Kong.
AirBorneo pemacu transformasi udara serantau
Sarawak berhasrat menjadikan AirBorneo sebagai pemacu transformasi udara serantau, seiring dengan aspirasi menjadikan wilayah itu sebagai hab penting di Asia Tenggara.
Segera bertindak selesaikan krisis air Sandakan - James
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib telah mengarahkan pihak konsesi, Timatch Group, dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk segera bertindak menangani masalah bekalan air di Sandakan terutamanya di kawasan Karamunting.
Sabah bakal menerima jumlah pelaburan sebanyak RM58.3 bilion
Jumlah keseluruhan pelaburan asing dan domestik yang diluluskan dalam sektor pembuatan di Sabah sejak September 2020 dianggarkan sebanyak RM17.41 bilion daripada 73 syarikat.
BWI kini disalurkan melalui BSN
Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir kini disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi memastikan penyaluran lebih teratur dan telus.
RM22 Bilion diperuntuk bagi rancangan tebatan banjir seluruh negara
RM22 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Terkhilaf promosi produk, Siti Nurhaliza mohon maaf
Terkhilaf mempromosi produk berasas nikotin di sosial media miliknya, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tampil memohon maaf.

Sebanyak RM22 bilion laksana projek RTB di seluruh negara - Ahmad Zahid
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan RM22 bilion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Ibu tunggal miskin tegar di Permatang Pasir terima bantuan daripada PM Anwar
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang tergolong dalam kategori miskin tegar di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir, Pulau Pinang.

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Jambatan Batang Lassa siap Disember ini
Setakat 25 Mac lepas, projek Kerajaan Sarawak itu sudah mencapai tahap 91.36 peratus siap.