Pemergian mengejut Anggota Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas melibatkan sebuah helikopter terhempas di Semenyih semalam meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat Rompin.
Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang komited menyelesaikan segala permasalahan di kawasannya, rata-rata daripada penduduk mengakui pemergiannya sukar dicari ganti.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tekek, Pulau Tioman, Zulkarnaini A.Hamid berkata selain membawa pembangunan di Pulau Tioman khususnya dalam meningkatkan industri pelancongan, Allahyarham seorang pemimpin yang prihatin dan sanggup turun padang membantu rakyat tidak kira masa.
"Pernah suatu ketika Kampung Tekek dilanda banjir kilat pada 2013, saya telah hubungi pegawai Allahyarham hanya untuk memaklumkan mengenai kejadian itu, tetapi tidak sampai sejam arwah sampai di Kampung Tekek semata-mata untuk melihat apa yang berlaku.
"Arwah kemudian tanpa membuang masa terus pergi ke rumah mangsa yang terlibat dan menghulurkan sumbangan," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Allahyarham juga adalah antara pemimpin yang berusaha membawa projek pembinaan 116 rumah murah di kampung berkenaan bagi untuk penduduk setempat yang kini hampir siap pembinaannya, katanya.
Zulkarnaini juga sempat berjumpa dan bergambar kenangan buat kali terakhir bersama Allahyarham dua hari lepas ketika pelancaran Agrobazaar di Indera Mahkota, Kuantan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagi Ketua Kampung Kuala Rompin, Mohamad Razak Daud, beliau terkilan kerana hasrat Allahyarham untuk menyediakan jeti pelancongan di kawasan Kuala Rompin bagi menaik taraf jeti sedia ada, tidak kesampaian.
"Arwah pesan pada saya supaya buat kertas kerja untuk meminta peruntukan dari kerajaan untuk menaik taraf jeti itu sebab jeti itu terlibat dalam pertandingan memancing ikan layaran yang diadakan setiap tahun di sini.
"Namun, hasrat arwah untuk melihat jeti itu dibina tidak kesampaian kerana beliau terlebih dahulu kembali ke pangkuan Illahi," katanya yang mengenali rapat arwah selama lebih tujuh tahun.
Jasa dan sumbangan Allahyarham kepada masyarakat Rompin juga tidak terhad kepada satu kaum kerana beliau turut memberi pelbagai bantuan kepada masyarakat Cina dan Orang Asli di Rompin.
Perkara itu diakui oleh Pengerusi Lembaga Pengurus Toa Pei Kong Rompin, Sea Ho@Tan Sheng Chin apabila arwah bersungguh-sungguh mencari dana bagi membina bangunan baharu sebuah tadika yang terlalu uzur.
"Semasa hayatnya, beliau datang melawat dan mahu bangunan tadika itu dibina baharu sehingga mampu menghulurkan bantuan berjumlah RM230,000 kepada pihak kami untuk membina semula bangunan tadika itu.
"Kini bangunan tadika itu hampir siap dan pihak kami berhasrat menjemput beliau untuk merasmikan, namun hajat tidak kesampaian kerana beliau telah pergi," kata Tan dalam nada sebak.
Tan berkata sepanjang Allhayarham menjadi anggota Parlimen Rompin, beliau juga tidak pernah lupa menghulurkan 'angpau' kepada golongan sasar terutama warga tua, ibu tunggal dan anak-anak yatim setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina.
Dalam memajukan masyarakat Orang Asli pula, Anggota Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Rompin Rosman A/L Sulong berkata, arwah telah memberi ruang kepadanya untuk menyertai bidang politik bagi memastikan nasib kaum Orang Asli terbela.
"Beliau pernah berpesan pada saya, bila dah ada jawatan, gunakan ia untuk menaikkan Orang Asli, awak orang muda, mesti berani suarakan pendapat kalau nak lihat Orang Asli maju," katanya.
Jamaluddin yang sebelum ini pernah dilantik sebagai wakil khas kerajaan ke Amerika Syarikat terkorban bersama lima yang lain dalam nahas melibatkan sebuah helikopter awam di Semenyih semalam.
Turut terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.
Bernama
Sun Apr 05 2015
![Jamaluddin pemimpin berjasa, sukar dicari ganti - penduduk Rompin Jamaluddin pemimpin berjasa, sukar dicari ganti - penduduk Rompin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/71428229062_295x200.jpg)
Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang komited menyelesaikan segala permasalahan di kawasannya, rata-rata daripada penduduk mengakui pemergiannya sukar dicari ganti.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
!['Saya bukan jumpa Jho Low di tepi jalan, beliau wakil Najib' - Bekas CFO 1MDB 'Saya bukan jumpa Jho Low di tepi jalan, beliau wakil Najib' - Bekas CFO 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643200240_Najib.jpg)
'Saya bukan jumpa Jho Low di tepi jalan, beliau wakil Najib' - Bekas CFO 1MDB
Azmi, 49, berkata ini kerana Jho Low telah diperkenal kepada beliau oleh bekas Setiausaha Sulit Najib iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias.
![Jho Low orang kanan Najib, wakil PM atur keputusan, kewangan 1MDB - saksi Jho Low orang kanan Najib, wakil PM atur keputusan, kewangan 1MDB - saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51594826782_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low orang kanan Najib, wakil PM atur keputusan, kewangan 1MDB - saksi
Mohd Hazem Abdul Rahman, 47, saksi pendakwaan ke-10 menyatakan enam alasan mengapa beliau berpendapat sedemikian.
![Najib akui ada berhubung dengan Jho Low 'beberapa kali' Najib akui ada berhubung dengan Jho Low 'beberapa kali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71573445925_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib akui ada berhubung dengan Jho Low 'beberapa kali'
Najib mengakui beliau ada berhubung dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low beberapa kali, berkenaan operasi akaun bank peribadinya.
![Perbicaraan kes 1MDB masuk hari keenam Perbicaraan kes 1MDB masuk hari keenam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566180176_TBNAJIBRAZAKCOURT.jpg)
Perbicaraan kes 1MDB masuk hari keenam
Amhari memberitahu mahkamah bahawa beliau pernah merasa tertekan sehingga ingin meletak jawatan apabila menerima arahan daripada bekas perdana menteri tersebut.
![Kematian tiga sahabat satu tragedi peribadi - Najib Kematian tiga sahabat satu tragedi peribadi - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/41422359189_295x200.jpg)
Kematian tiga sahabat satu tragedi peribadi - Najib
Walaupun bersedih, perdana menteri berkata kematian mereka telah mendorongnya untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.
![Saksi udara nahas helikopter 9M-IGB sudah memberikan kenyataan Saksi udara nahas helikopter 9M-IGB sudah memberikan kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/41428291866_295x200.jpg)
Saksi udara nahas helikopter 9M-IGB sudah memberikan kenyataan
Saksi, Kapten T.G. Lee kenyataannya dapat membantu pihak berkuasa merungkai misteri di sebalik tragedi itu.
![Tiada panggilan kecemasan daripada helikopter - Menteri Pengangkutan Tiada panggilan kecemasan daripada helikopter - Menteri Pengangkutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/61428276556_295x200.jpg)
Tiada panggilan kecemasan daripada helikopter - Menteri Pengangkutan
Helikopter yang terhempas di Semenyih semalam tidak membuat sebarang panggilan kecemasan, dan ia mematuhi laluan penerbangan yang diluluskan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
![Jamaluddin pemimpin berjasa, sukar dicari ganti - penduduk Rompin Jamaluddin pemimpin berjasa, sukar dicari ganti - penduduk Rompin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/71428229062_295x200.jpg)
Jamaluddin pemimpin berjasa, sukar dicari ganti - penduduk Rompin
Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang komited menyelesaikan segala permasalahan di kawasannya, rata-rata daripada penduduk mengakui pemergiannya sukar dicari ganti.
![Jasad Jamaluddin Jarjis akan disemadikan di Makam Pahlawan Jasad Jamaluddin Jarjis akan disemadikan di Makam Pahlawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/51428152759_295x200.jpg)
Jasad Jamaluddin Jarjis akan disemadikan di Makam Pahlawan
Jasad Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akan disemadikan sebelum solat Asar di Makam Pahlawan, Masjid Negara hari ini.
![Azlin Alias sanggup tinggalkan dunia korporat untuk berbakti kepada negara Azlin Alias sanggup tinggalkan dunia korporat untuk berbakti kepada negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/41428196974_295x200.jpg)
Azlin Alias sanggup tinggalkan dunia korporat untuk berbakti kepada negara
Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bertugas sebagai akauntan bertauliah sebelum meninggalkan dunia korporat untuk menyertai perkhidmatan kerajaan.