KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Azmi Tahir hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau bukan berjumpa dengan Low Taek Jho atau Jho Low di tepi jalan dan percaya ahli perniagaan itu adalah wakil Datuk Seri Najib Tun Razak dalam 1MDB.
Azmi, 49, berkata ini kerana Jho Low telah diperkenal kepada beliau oleh bekas Setiausaha Sulit Najib iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias. Azlin meninggal dunia dalam insiden helikopter terhempas pada 4 April 2015.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Datuk Hariharan Tara Singh pada perbicaraan bekas Perdana Menteri itu dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Hariharan: Sebagai CFO ketika itu, adakah anda tidak terfikir bahawa adalah tidak wajar bagi anda menerima arahan daripada Jho Low yang bukan merupakan sebahagian daripada syarikat (1MDB)?
Azmi: Tidak. Semua orang percaya beliau adalah wakil sah yang mewakili Datuk Seri Najib. Saya bukan berjumpa dengan beliau di tepi jalan, beliau telah diperkenal kepada saya oleh Allahyarham Azlin.
Saksi pendakwaan ke-12 itu juga berkata mesyuarat pada 15 Dis 2013 dengan KPMG Malaysia di kediaman Najib diadakan susulan ketidakpuasan hati KPMG terhadap penjelasan dan dokumen tidak lengkap yang diberikan berhubung pelaburan besar syarikat itu sebanyak US$2.3 bilion dalam dana tidak diketahui iaitu Bridge Global SPC, yang dibuat menerusi Brazen Sky Ltd, sebuah syarikat tujuan khas 1MDB.
Azmi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman serta bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin turut hadir bersama dengan Jho Low dan Najib.
Hariharan menyoal Azmi mengapa beliau tidak mengesahkan kesemua pemindahan ini ketika bertemu Najib pada mesyuarat itu dan saksi tersebut berkata berdasarkan pengalaman lalu, beliau sepatutnya berbuat demikian namun berasakan ia bukan masa yang sesuai untuk membangkitkan perkara itu.
Kepada soalan lain, saksi itu bersetuju dengan cadangan bahawa Jho Low telah mendapat manfaat daripada pergerakan dana daripada 1MDB kepada syarikatnya iaitu Good Star Ltd.
Azmi bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau adalah sebahagian daripada rancangan Jho Low untuk menyeleweng dana 1MDB dan berkata beliau telah melaksanakan arahan ahli perniagaan dalam buruan itu tanpa menyoalnya.
Ahli Parlimen Pekan itu berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022
!['Saya bukan jumpa Jho Low di tepi jalan, beliau wakil Najib' - Bekas CFO 1MDB 'Saya bukan jumpa Jho Low di tepi jalan, beliau wakil Najib' - Bekas CFO 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643200240_Najib.jpg)
Azmi berkata, dia percaya Jho Low adalah wakil Datuk Seri Najib Tun Razak dalam 1MDB. - Gambar fail
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon, bakal menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Berjuta masuk ke dalam akaun Najib tetapi tidak didedahkan semasa mesyuarat 1MDB - Saksi Berjuta masuk ke dalam akaun Najib tetapi tidak didedahkan semasa mesyuarat 1MDB - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652792880_TBnajibrazak.jpg)
Berjuta masuk ke dalam akaun Najib tetapi tidak didedahkan semasa mesyuarat 1MDB - Saksi
Saksi itu juga berkata beliau tidak pernah mendapat satu sen pun daripada Jho Low sepanjang perkhidmatannya dalam syarikat itu.
![Peguam bertikam lidah dengan saksi berhubung gaya hidup mewah Jho Low Peguam bertikam lidah dengan saksi berhubung gaya hidup mewah Jho Low](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644923537_MahkamahTinggi.jpg)
Peguam bertikam lidah dengan saksi berhubung gaya hidup mewah Jho Low
Perbicaraan kes 1MDB membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi bertukar panas apabila peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyoal bekas CFO 1MDB mengenai gaya hidup mewah Jho Low.
!['Saya bukan jumpa Jho Low di tepi jalan, beliau wakil Najib' - Bekas CFO 1MDB 'Saya bukan jumpa Jho Low di tepi jalan, beliau wakil Najib' - Bekas CFO 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643200240_Najib.jpg)
'Saya bukan jumpa Jho Low di tepi jalan, beliau wakil Najib' - Bekas CFO 1MDB
Azmi, 49, berkata ini kerana Jho Low telah diperkenal kepada beliau oleh bekas Setiausaha Sulit Najib iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias.
!['Tiada kuasa' untuk suarakan kebimbangan tentang keputusan kewangan 1MDB - Bekas CFO 'Tiada kuasa' untuk suarakan kebimbangan tentang keputusan kewangan 1MDB - Bekas CFO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641399913_Najib.jpg)
'Tiada kuasa' untuk suarakan kebimbangan tentang keputusan kewangan 1MDB - Bekas CFO
Azmi, 49, berkata beliau tidak pernah membangkitkan isu itu kepada ahli lembaga pengarah (BOD) 1MDB.
![1MDB: Saksi tidak tahu sebahagian bon US$3 bilion dipindah kepada Tanore 1MDB: Saksi tidak tahu sebahagian bon US$3 bilion dipindah kepada Tanore](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636646976_NajibRazak.jpg)
1MDB: Saksi tidak tahu sebahagian bon US$3 bilion dipindah kepada Tanore
Azmi Tahir, 48, berkata beliau hanya mengetahui perkara itu melalui laporan media.
![Proksi Jho Low dilantik sebagai penandatangan sah dalam syarikat subsidiari 1MDB - Saksi Proksi Jho Low dilantik sebagai penandatangan sah dalam syarikat subsidiari 1MDB - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613569760_Jlow.jpg)
Proksi Jho Low dilantik sebagai penandatangan sah dalam syarikat subsidiari 1MDB - Saksi
Saksi ke-10 pendakwaan itu mengesahkan bahawa bekas pengarah eksekutif 1MDB dan rakan sekutu Jho Low, Terence Geh juga dilantik sebagai penandatangan sah dalam 1MDB GIL.