Dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan rasuah membabitkan lebih RM2 juta, berkaitan urusan pembekalan barangan ke TLDM, antara 2014 dan 2015.
Kapten Abdul Aziz Gaffor, 54, menghadapi tujuh pertuduhan menerima suapan barangan berharga bernilai RM1,052,120.60 manakala Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd Khir, 37, menghadapi lima pertuduhan melibatkan nilai RM1,500,000.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ketika masing-masing bertugas sebagai Pegawai Pemerintah Depot Bekalan Armada TLDM dan Pegawai Kawalan Material 2, Depot Bekalan Armada TLDM di Lumut.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Hakim Ahmad Rihaida Rafie membenarkan Abdul Aziz diikat jamin sebanyak RM56,000 (RM8,000 bagi setiap pertuduhan) dengan seorang penjamin manakala Khairul Izwan sebanyak RM40,000 (RM8,000 bagi setiap pertuduhan), juga dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 8 Okt depan bagi kedua-dua kes disebut semula.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar manakala Abdul Aziz diwakili peguam Zamri Idris, Mohd Fadly Hashim dan Collin Arvind Andrew; dan Khairul Izwan diwakili peguam Norhasham Hasan.
Bagi tiga pertuduhan pertama, Abdul Aziz dituduh menerima seutas jam tangan Rolex bernilai RM57,071, sekeping cek Maybank bernilai RM300,000 dan pindahan telegraf berjumlah RM30,000 daripada Hussin Roslim@Roslind sedangkan tertuduh mengetahui syarikat Hussin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi tertuduh.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu masing-masing di Nombor 16, Persiaran Venice Intan 5/1, Desa Manjung Seri Manjung, Manjung pada Mac 2014 dan melalui akaun pihak ketiga di Maybank Cawangan Lumut pada 26 Okt 2014 dan akaun CIMB di bangunan Lembaga Tabung Haji Cawangan Sitiawan pada 18 Nov 2014.
Dia juga didakwa menerima sekeping cek CIMB bernilai RM60,000 pada 10 Dis 2014 dan satu transaksi menerusi Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (Rentas) bernilai RM300,000 pada 26 Okt 2014 melalui akaun Maybank pihak ketiga di CIMB Bank, Cawangan Seri Manjung.
Bagi pertuduhan keenam dan ketujuh, Abdul Aziz tertuduh didakwa menerima sekeping kad debit Bank Islam bernilai RM267,904.60 dan sebuah telefon bimbit jenama Vertu bernilai RM37,145.00 di Nombor 16, Persiaran Venice Intan 5/1, Desa Manjung, Seri Manjung pada Disember tahun lepas.
Khairul Izwan pula didakwa menerima wang berjumlah RM200,000 dan RM500,000 masing-masing pada 9 Feb dan 12 Feb tahun ini daripada Hussin, melalui akaun Affin Bank Berhad milik pihak ketiga di Affin Bank Cawangan Sitiawan, Manjung.
Dia juga didakwa menerima wang berjumlah RM500,000 dan RM200,000 pada 16 Feb dan 27 Feb 2015 melalui akaun Affin Bank Berhad milik pihak ketiga di tempat yang sama.
Bagi pertuduhan kelima, Khairul Izwan didakwa menerima sekeping kad debit CIMB bernilai RM100,000 daripada Mohd Nasir Abdullah sedangkan mengetahui syarikat milik Mohd Nasir mempunyai hubungan dengan tugas rasmi tertuduh, di CIMB Bank Cawangan Seri Manjung pada 7 Jan 2014.
Terdahulu, Suffian menawarkan wang jaminan RM20,000 bagi setiap satu kesalahan dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Zamri, yang mewakili Abdul Aziz memohon agar wang jaminan dikurangkan menjadi RM5,000 bagi setiap kesalahan dengan alasan akaun milik tertuduh telah dibekukan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Peguam Norhasham yang mewakili Khairul Izwan juga memohon agar wang jaminan dikurangkan menjadi RM5,000 bagi setiap kesalahan dengan alasan isterinya tidak bekerja dan mempunyai tiga anak.
Hakim kemudiannya menetapkan wang jaminan RM8,000 bagi setiap kesalahan dengan seorang penjamin.
Bernama
Wed Sep 09 2015

Dua pegawai TLDM mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah membabitkan lebih RM2 juta, berkaitan urusan pembekalan barangan di antara 2014 dan 2015.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Jam tangan Rolex, telefon bimbit Vertu antara suapan untuk kontrak TLDM
Dua pegawai TLDM mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah membabitkan lebih RM2 juta, berkaitan urusan pembekalan barangan di antara 2014 dan 2015.