KUALA LUMPUR: Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi atau Petaling Jaya berhadapan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew akan ditutup selama setahun bermula 5 Ogos ini.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penutupan itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.

Justeru, kata DBKL, pengguna jalan raya yang melalui kawasan terlibat boleh menggunakan beberapa lencongan trafik yang telah ditetapkan.

Antaranya ialah trafik dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sungai Besi atau Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan memasuki laluan kontra di Lorong bersebelahan. (Rujuk Lampiran 1)

trafik dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sg Besi atau Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan memasuki laluan kontra

"Manakala trafik dari Sungai Besi atau Petaling Jaya untuk ke Bulatan Kampung Pandan akan dilencongkan ke susur kiri melalui Bulatan Loke Yew. (Sila rujuk Lampiran 2)

trafik dari Sg Besi atau Petaling Jaya untuk ke Bulatan Kg. Pandan akan dilencongkan ke susur kiri melalui Bulatan Loke Yew

"Trafik Cheras menghala ke Jalan Loke Yew hanya dibenarkan untuk membuat pusingan U sahaja menghala arah Cheras semula dan pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, DBKL berkata, laluan alternatif trafik dari Cheras menuju ke Jalan Sungai Besi adalah melalui Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga.

Bagi trafik yang datang dari Cheras dan menghala ke Jalan Yew pula hendaklah melakukan pusingan U di persimpangan ’fly-over’ di Jalan Maharajalela dan ini juga sama untuk trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke kawasan persekitaran Jalan Yew (Sila rujuk Lampiran 3A, 3B dan 3C).

trafik yang datang dari Cheras dan menghala ke Jalan Yew pula hendaklah melakukan pusingan U di persimpangan ’fly-over’ di Jalan Maharajalela dan ini juga sama untuk trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke kawasan persekitaran Jalan Yew

"Trafik Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Loke Yew dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala ke Bulatan Pudu sahaja.

"Sebagai laluan alternatif pengguna jalan raya hendaklah melalui pusingan U di SMK (P) Pudu. Pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal. (Rujuk Lampiran 4A, 4B, 4C dan 4D)

Trafik Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Loke Yew dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala ke Bulatan Pudu sahaja.

"Manakala laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching akan ditutup pada tempoh pembinaan.

"Laluan alternatif adalah melalui Jalan Kampung Pandan, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah," jelasnya. (Rujuk Lampiran 5)

Laluan alternatif adalah melalui Jalan Kg. Pandan, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah

DBKL berkata, bagi membolehkan kerja-kerja merobohkan jambatan susur dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu) dijalankan, jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew ditutup kepada semua lalu lintas pada tempoh yang sama.

"Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga," katanya. (Rujuk Lampiran 6A dan 6B)

Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sg Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga

Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sg Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga

Justeru, DBKL menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan serta langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebarang kesulitan.