Cadangan jalan raya pesisir pantai Tuaran-Kota Marudu-Kudat akan membawa transformasi dan pembangunan ekonomi yang besar ke utara Sabah, terutama sekali di dalam industri pelancongan dan perkhidmatan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.
"Banyak manfaat akan dinikmati oleh rakyat di kawasan terbabit di segi akses yang lebih meluas, tempoh perjalanan yang lebih singkat dan peluang pekerjaan, terutama di segi industri pelancongan kerana Kudat juga terletak di penjuru paling ke utara Borneo," katanya.
Rahim, yang juga anggota Parlimen Kudat, berkata cadangan jalan raya pesisir itu akan menjadikan kawasan itu, yang terkenal dengan pantai berpasir keputihan dan air laut yang jernih, mudah dimasuki oleh para pelancong, terutama sekali pelancong asing, yang gemar kepada tarikan pemandangan semula jadi yang terdapat di Sabah.
"Lebih ramai pelancong yang datang bermaksud memerlukan lebih banyak pelaburan di segi penyediaan hotel dan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya, sambil menyatakan ramai pengusaha hotel sudah datang meninjau sekitar Kudat bagi membina hotel empat bintang, malah lima bintang.
Jalan raya Tuaran-Kota Marudu-Kudat baru-baru ini dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau melawat Kudat semasa "Program Janji Ditepati."
Najib juga mencadangkan bahawa satu pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin dibina di Kudat disebabkan daerah itu, yang bersempadankan pulau Palawan di selatan Filipina, adalah pintu masuk sebelah utara ke Sabah.
Rahim berkata, dengan penandatanganan perjanjian keamanan antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro, lebih banyak kemajuan ekonomi akan dilihat di wilayah itu di bawah Kawasan Pertumbuhan Asean Timur - Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina.
Beliau juga berkata lapangan terbang di Kota Kinabalu dan Kudat dijangka mendapat manfaat dari peningkatan aktiviti ekonomi dan dasar "Langit Terbuka Asean", yang akan memudahkan persekitaran pasaran bebas bagi penerbangan komersil mulai 2015.
Selain pelancongan, Rahim berkata Kudat akan turut mendapat manfaat dari peningkatan aktiviti eksplorasi minyak di luar pesisir Sabah kerana usaha membangunkan semula telaga minyak marginal bagi mendapatkan rizab minyak dan gas kini sudah berdaya maju berbanding harga minyak dan gas yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, Murphy Oil Corp, kini sedang meneroka rizab minyak dan gas kira-kira 45 batu nautika di luar pesisir Sabah dan ini akan turut memanfaatkan syarikat tempatan yang terlibat di dalam perkhidmatan logistik dan penerbangan serta di dalam pembekalan makanan, katanya.
Bernama
Thu Nov 01 2012
Kertas cadangan mengenai anak asuhan GISB dijangka dibentang minggu depan - Nancy
Pembentangan kertas cadangan melibatkan penjagaan dan masa depan kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan GISB sepatutnya dibentangkan minggu ini ditangguhkan.
Penyamar pelbagai profesion tipu tawaran kerja juruterbang
Seorang lelaki yang dikatakan pernah menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera Petronas dan pelbagai profesion lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menipu menyebabkan kerugian RM24,000 antara 2016 hingga 2018.
Selesaikan saman tertunggak untuk mohon Program Khas Peralihan Lesen Memandu
Orang ramai dinasihat menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
microLEAP sedia solusi pembiayaan digital patuh syariah buat PMKS tempatan
microLEAP, sebuah platform pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) patuh Syariah dan konvensional, muncul sebagai penyelesaian alternatif kepada perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di Malaysia.
Polis terima lima laporan 'pelancong' China bekerja di Semporna
Polis menerima lima laporan berkaitan ketidakpuasan hati mengenai warga China yang menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja di Semporna.
Banjir besar landa utara Thailand
Paras air banjir dilaporkan menembusi beg pasir yang menjadi penghadang ketika hujan lebat kembali melanda utara Thailand pada Khamis.
Sembilan individu berkait GISB disambung reman
Mahkamah benarkan lanjutan reman selama satu dan dua hari terhadap sembilan individu termasuk isteri-isteri kepada pemimpin kanan GISB.
Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor
Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menekankan tentang kesesatan akidah dibawa GISB yang menyimpang daripada ajaran Islam.
AWANI Ringkas: GISB: Penjaga rumah amal didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.
Jalan Raya Tuaran-Kota Marudu-Kudat Akan Mengubah Utara Sabah
Cadangan jalan raya pesisir pantai Tuaran-Kota Marudu-Kudat akan membawa transformasi dan pembangunan ekonomi yang besar ke utara Sabah.