Platform ini juga dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sekali gus memberikan keyakinan kepada pelabur dan peminjam yang menggunakan perkhidmatannya.
Menurut Pengurus Jualan dan Pemasaran microLEAP, Syakir Zaidi, pihaknya menyediakan akses kepada pembiayaan melalui sistem ‘crowdfunding’, di mana pelabur boleh memberi impak positif dengan melabur dalam perniagaan yang memerlukan dana.
"microLEAP adalah platform P2P patuh syariah dan konvensional yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kami menyediakan akses pembiayaan sehingga RM500,000 kepada PMKS yang memerlukan dana untuk mengembangkan perniagaan mereka. Platform kami juga adalah sebuah platform crowdfunding," kata Syakir Zaidi.
Jelasnya, menurut laporan SC, Pelan Induk Pasaran Modal 3, jurang pembiayaan di Malaysia kini dianggarkan melebihi RM90 bilion kerana ramai PMKS gagal mendapatkan akses kepada pembiayaan daripada bank tradisional disebabkan kekangan seperti keperluan dokumentasi yang ketat dan akses fizikal ke bandar.
Oleh itu, pihaknya komited untuk mengatasi masalah ini dengan menawarkan platform yang sepenuhnya atas talian dan proses permohonan juga mudah.
"Kami hanya memerlukan enam bulan penyata bank, salinan kad pengenalan, dua penjamin, serta gambar premis perniagaan. Proses semakan hanya mengambil masa tiga hari bekerja sahaja," tambah beliau.
microLEAP turut menawarkan tiga manfaat utama kepada pelabur iaitu pertama, platform ini dikawal selia oleh SC yang memberikan jaminan keselamatan pelaburan.
Kedua, mengamalkan konsep murabahah yang menjadikan platform ini patuh syariah, membolehkan pelabur dari pelbagai latar belakang untuk melabur tanpa ragu-ragu.
Dan yang ketiga, microLEAP menggalakkan pelaburan dengan modal rendah, di mana pelabur boleh bermula dengan hanya serendah RM10 sambil menikmati kadar keuntungan sehingga 18 peratus.
"Kami ingin mengubah persepsi pelabur bahawa mereka boleh melabur dengan selamat di platform patuh syariah kami. Moto kami, ‘Langkah Kecil, Impak Besar’, bermaksud walaupun pelaburan kecil, ia mampu memberikan impak yang besar kepada peniaga tempatan kita," jelas Syakir.
Dengan komitmen untuk membantu PMKS dan memudahkan akses kepada dana melalui platform digital, microLEAP kini semakin mendapat tempat sebagai alternatif pembiayaan yang lebih inklusif dan mudah diakses di Malaysia.
Selain microLEAP, terdapat juga platform-platform patuh syariah lain seperti CapBay, Capsphere, Cofundr, Funding Societies dan pitchIN yang dikawal selia oleh SC.
Pelabur atau peminjam dana yang berminat boleh melayari laman web rasmi microLEAP di www.microleapasia.com untuk memohon.
*Artikel ini dibawakan oleh CMM