Walaupun dalam hujan dan terpaksa meredah laluan licin, berlubang dan sempit, ia tidak mematahkan semangat guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Bangingod untuk menyampaikan sumbangan kepada murid-murid dari keluarga yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Bangingod Yandy Merika berkata, sebanyak 54 buah keluarga kepada murid sekolah itu, termasuk anak-anak pra-sekolah, terlibat dalam program Ziarah Cakna Sentuhan Kasih Ramadan (ZCSKR) baru-baru ini.
"Rombongan kami meredah laluan sempit, berlubang dan licin akibat hujan, sejauh 20 kilometer, bagi memberi sumbangan kepada salah seorang pelajar yang tinggal di Ladang Foremost dan Tamaco, dalam daerah kecil Tungku, dekat Felda Sahabat Lahad Datu.
"Sumbangan yang diberikan terdiri daripada makanan asas dan diberikan kepada keluarga murid yang terkesan dengan PKP," katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, sepanjang program ziarah, murid-murid juga turut diberikan taklimat ringkas mengenai langlah-langkah mencegah penularan wabak COVID-19.
"Istimewanya Ziarah Cakna kali ini, kita turut memberi sumbangan topeng muka kepada semua murid, sekali gus membuat tinjauan kesihatan dan mengenal pasti mereka yang mempunyai masalah kesihatan," katanya.
Tambah Yandy, program ziarah itu turut disertai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Sub Inspektor Tan Jin Soon, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Hussin Mohd Salleh dan wakil-wakil penyumbang.
Yandy dan seluruh warga pendidik SK Bangingod berharap agar pemberian sumbangan itu dapat meringankan beban keluarga murid-murid yang terkesan akibat PKP.
"Semoga setiap murid dan keluarga dapat menjalankan ibadah puasa, dan diharapkan dengan taklimat ringkas yang diberikan tadi, mereka dapat turut serta dalam usaha mengekang penularan virus COVID-19 dan memutuskan rangkaiannya," tambahnya.
Qaisara Umaiyah
Tue Apr 28 2020
Rombongan ZCSKR menyampaikan sumbangan dan memberi maklumat mengenai COVID-19 kepada keluarga murid SK Bangingod yang terlibat. - Foto Astro AWANI
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Guru dipenjara hanya kerana tegur anak polis
Pihak sekolah turut mengesahkan murid tersebut tidak dipukul seperti didakwa, namun tidak diterima ibu bapanya.
Video ajar tulisan jawi, Cikgu Lorenica Frenila raih pujian
Kemahiran dalam penulisan jawi itu diperoleh Lorenica Frenila Masundim ketika menuntut di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.
Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI
Saifuddin Nasution berkata pengetua, guru besar serta guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.
Guru rugi lebih RM160,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Seorang guru wanita kerugian lebih RM160,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon, bulan lepas.
Kongres tidak setuju guru tegur sistem pendidikan kembali berkhidmat
Mohd Azizee berkata, tindakan ke atas guru terlibat tidak dilakukan secara tergesa-tergesa dan dengan mudah, sebaliknya telah melalui SOP ketat.
Polis Pahang rekod 45 kes guru jadi mangsa penipuan babitkan kerugian RM1.2 juta
Polis Pahang merekodkan 45 kes guru yang menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM1.2 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya daripada ibu pejabat sebuah syarikat penghantar barang terkemuka di Kuala Lumpur.
Enam guru dipilih sertai projek rintis Tabika Autisme Melaka
Kemas Melaka kenal pasti tiga lokasi di daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah bagi memudahkan akses masyarakat kepada Tabika Autisme itu.
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.
Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.