GOMBAK: Pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Kepong ke Ampang dinasihatkan menggunakan laluan alternatif berikutan kejadian 'sinkhole' atau jalan berlubang di Seksyen 21.30 pada Rabu.
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 8 pagi itu menyebabkan penutupan lorong dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak dalam kenyataan berkata, kejadian berpunca penutup 'slab crossing culvert' patah.
“Laluan masih dibuka kepada semua kenderaan, namun aliran trafik di laluan itu sesak sejauh hampir dua kilometer dan dijangka akan terus meningkat.
“Pengguna yang menuju ke arah Ampang dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu dengan menggunakan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE),” katanya.
Ujar kenyataan itu, petugas berada di lokasi untuk mengawal trafik di lokasi kejadian selain kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh JKR Gombak selepas mendapat penilaian bagi melaksanakan kerja pembaikan di tapak.
Difahamkan, kerja pembaikan sedang dilaksanakan dengan penggantian penutup pembetung sebelum kerja penurapan semula dilaksanakan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 06 2023
Kon diletakkan bagi tujuan keselamatan pengguna yang melalui jalan berkenaan. Gambar kecil: Lubang sedalam hampir semeter dilaporkan di lokasi kejadian sekitar jam 8 pagi. -Sinar Harian
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
Guardiola lanjut kontrak dua tahun lagi bersama Manchester City
Lanjutan kontrak itu menjadikannya pengurus City yang paling lama berkhidmat sejak Les McDowall pada 1963.
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
Bekas pemain Manchester United jadi posmen
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum ke Sheffield Wednesday pada 2015.
Jumlah pemegang sijil halal pengusaha perniagaan meningkat
Setakat 10 november, sebanyak 1,926 syarikat yang mewakili 10,814 premis makanan sudah menerima sijil halal melalui skim premis halal.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
'Piecemeal' lewat terima bayaran isu terpencil - RTM
Isu kelewatan bayaran perkhidmatan seorang pekerja sambilanĀ (piecemeal) Jabatan Penyiaran (RTM) yang tular ketika ini di media sosial ialah isu terpencil.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan ituĀ dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan ituĀ dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Veteran ATM meninggal dunia ketika hadiri majlis di MAEPS
Md Abadi meninggal dunia di Hospital Serdang sekitar 2.30 petang, menurut kenyataan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Netflix disaman atas isu penstriman pertarungan Tyson-Paul
Seorang pelanggan Netflix memfailkan saman tindakan kelas terhadap gergasi penstriman itu berhubung isu teknikal semasa pertarungan Mike Tyson-Jake Paul.
Saman itu difailkan Ronald "Blue" Denton di Mahkamah Negeri Florida awal minggu ini.
Saman itu difailkan Ronald "Blue" Denton di Mahkamah Negeri Florida awal minggu ini.
38 terbunuh diserang lelaki bersenjata di Pakistan
38 terbunuh manakala 29 yang lain cedera selepas kenderaan dinaiki mereka diserang lelaki bersenjata di Pakistan pada Khamis.
Menurut seorang pegawai tempatan, Nadeem Aslam Chaudhry insiden itu berlaku ketika mereka melalui sebuah kawasan pedalaman ketika dalam perjalanan ke Peshawar.
Menurut seorang pegawai tempatan, Nadeem Aslam Chaudhry insiden itu berlaku ketika mereka melalui sebuah kawasan pedalaman ketika dalam perjalanan ke Peshawar.
Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.
Kren tumbang MRR2: Netizen mengeluh terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
Sebuah kren tumbang di tapak pembinaan berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang, Selangor hari ini menerima pelbagai reaksi pengguna jalan raya.
Buruh didakwa pandu dengan cuai menyebabkan 4 maut di MRR2
Masrufi Sain, 66, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999).
Jenazah empat maut dalam kemalangan di MRR2 dikebumikan
Jenazah empat maut dalam kemalangan di MRR2 dikebumikan di Kuala Terengganu.