Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mengambil berat dakwaan berlakunya salah laku oleh pegawainya dalam proses pemberian pensijilan halal, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Katanya, permintaannya sebelum ini supaya pihak yang membuat dakwaan berkenaan supaya menyertakan bukti tidak bermakna tiada sebarang siasatan dibuat berkenaan perkara itu.
"Dalam Jakim, kita sedang laksanakan siasatan dan kita tidak akan berkompromi sekiranya ada berlaku salah laku dari segi proses pensijilan itu
"Sesiapa saja boleh datang memberi maklumat dan kita akan melindungi identiti 'whistle blower' itu kerana kita amat ambil berat integriti Jakim," katanya kepada kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Rahmah 3R, di sini, pada Sabtu.
Beliau mengulas artikel terbaru oleh oleh Murray Hunter di laman web Asia Sentinel pada semalam bertajuk 'Jakim's Halal Crisis Deepens' yang menurutnya mendakwa Jakim tidak bersungguh-sungguh menyiasat salah laku itu dan pemberi maklumat (whistle blower) tidak berani untuk memberi maklumat berkaitan perkara berkenaan.
Pada 13 Okt lalu, Ahli Parlimen Kuantan itu dilaporkan mengingatkan pihak yang membuat dakwaan itu untuk segera mengemukakan bukti kepada Jakim yang telah bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang, sekiranya perlu.
Beliau turut mempersoalkan integriti laman web yang menerbitkan artikel itu kerana menurutnya, pejabat Asia Sentinel di Kanada dan Hong Kong telah ditutup.
Mengenai penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP), beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang berkata 542 MPKKP dengan 7,046 ahli akan menjalankan tugas bermula 1 Jan 2020 di negeri ini.
Beliau berkata dengan penubuhan MPKKP ini, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) negeri tidak lagi akan dibiayai kerajaan persekutuan dan terserah kepada kepada kerajaan negeri untuk meneruskan aktivitinya.
Katanya, PH pada asasnya tidak mahu menubuhkan MPKKP kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat di akar umbi tetapi tidak dapat mengelakkanya kerana MPKK negeri terlibat dalam politik.
--BERNAMA
Bernama
Sun Oct 27 2019
![JAKIM siasat aduan salah laku pemberian sijil halal JAKIM siasat aduan salah laku pemberian sijil halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51537546529_FuziahSalleh.jpg)
Menurut Fuziah Salleh, Jakim sedang laksanakan siasatan dan tidak akan berkompromi sekiranya ada berlaku salah laku dari segi proses pensijilan itu. - BERNAMA
![PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720239876_tbmengundi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis
Proses pengundian PRK Sungai Bakap pagi ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
PRK Sg Bakap : Calon PN Abang Abidin selesai buang Undi
Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada jam 8.20 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Bakap hari ini..
PRK Sg Bakap: 16.74 peratus sudah mengundi setakat 10 pagi
Sebanyak 16.74 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dr Joohari yakin menang di kawasan “hitam”
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin yakin kedudukannya sebagai anak tempatan memberi kelebihan buatnya meraih sokongan pengundi pada pilihanraya kecil (PRK) kali ini.
Pengundi mula beratur seawal jam 8 pagi
Cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkan pengundi keluar seawal mungkin bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.
![Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720239109_tbJohanJojoGhaza.jpg)
Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak
Jojo ingin mewujudkan arena gelanggang Muay Thai di tempat dia membesar sendiri iaitu di Sarawak.
[TERKINI] Calon PH punyai kelebihan ekoran gelombang hijau mereda
Perwatakan, dan pembawaaan kedua-dua calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Sungai Bakap mempunyai kekuatan tersendiri.
![Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238197_TBSaifuddinNasution.jpg)
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Buru Jho Low: Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Keutamaan kerajaan ketika ini adalah memperoleh semula aset yang dikaitkan dengan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan pemeteraian perjanjian sulit Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
![2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS 2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720236983_FourthofJulyViole.jpg)
2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
![Peru mohon sijil halal dari Malaysia untuk eksport produk makanan Peru mohon sijil halal dari Malaysia untuk eksport produk makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703172169_halaljakim.jpg)
Peru mohon sijil halal dari Malaysia untuk eksport produk makanan
Peru berhasrat menjadi pengeksport produk makanan halal selepas memperoleh sijil halal Malaysia tahun ini.
![Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707133685_NaimMokhtar.jpg)
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
![Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia, UAE raih kedudukan teratas GIEI 10 tahun berturut-turut Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia, UAE raih kedudukan teratas GIEI 10 tahun berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704254763_tbKhairulAzwanHaru.jpg)
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia, UAE raih kedudukan teratas GIEI 10 tahun berturut-turut
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia dan UAE raih kedudukan teratas Petunjuk Ekonomi Islam Global tahun ke-10 berturut-turut
![Malaysia raih kedudukan teratas dalam GIEI untuk tahun ke-10 berturut-turut - HDC Malaysia raih kedudukan teratas dalam GIEI untuk tahun ke-10 berturut-turut - HDC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698241396_tbKhairulAzwanHaru.jpg)
Malaysia raih kedudukan teratas dalam GIEI untuk tahun ke-10 berturut-turut - HDC
Malaysia sekali lagi memperoleh kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) untuk tahun ke-10 berturut-turut, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC).
![Jakim meterai MoU pembangunan bidang halal bersama Brunei, Indonesia dan Singapura Jakim meterai MoU pembangunan bidang halal bersama Brunei, Indonesia dan Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700175696_KetuaPengarahJAKIM.jpg)
Jakim meterai MoU pembangunan bidang halal bersama Brunei, Indonesia dan Singapura
Ia antara lain melibatkan perkongsian maklumat dan kepakaran dalam bidang pensijilan halal selain pertukaran hasil penyelidikan.
![Sektor berkaitan Islam, halal, mesra Muslim dijangka bernilai RM35.7 trilion menjelang 2025 - Fahmi Fadzil Sektor berkaitan Islam, halal, mesra Muslim dijangka bernilai RM35.7 trilion menjelang 2025 - Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699321294_TBFahmiFadzilj.jpg)
Sektor berkaitan Islam, halal, mesra Muslim dijangka bernilai RM35.7 trilion menjelang 2025 - Fahmi Fadzil
Malaysia mengekalkan status kepimpinan globalnya dalam sektor itu selama sembilan tahun berturut-turut seperti yang diiktiraf GIEI.
![MATRADE akan perkenal Platform 'Hab Pengetahuan' pada MIHAS 2023 MATRADE akan perkenal Platform 'Hab Pengetahuan' pada MIHAS 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662766399_Mihas.jpg)
MATRADE akan perkenal Platform 'Hab Pengetahuan' pada MIHAS 2023
Platform dinamik itu bertujuan menyediakan perspektif komprehensif mengenai cabaran dan peluang dalam industri halal global.
![Malaysia perlu manfaatkan kepakaran dalam industri halal - PM Malaysia perlu manfaatkan kepakaran dalam industri halal - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692257896_anwaribrahim.jpg)
Malaysia perlu manfaatkan kepakaran dalam industri halal - PM
Perdana Menteri berkata terdapat beberapa cabaran yang harus ditangani dalam industri halal, antaranya memastikan kecepatan dan efisien dalam pengeluaran sijil halal.
![MIHAS 2023: Hab pengetahuan MATRADE tumpuan utama bagi perbincangan perspektif industri halal MIHAS 2023: Hab pengetahuan MATRADE tumpuan utama bagi perbincangan perspektif industri halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/51521195045_MIHAS.jpg)
MIHAS 2023: Hab pengetahuan MATRADE tumpuan utama bagi perbincangan perspektif industri halal
Matrade optimis capai sasaran jualan eksport RM2.1 bilion menerusi pameran edisi ke-19 ini, yang bakal berlangsung bermula 12 -15 September ini.
![Pertumbunan pesat ekonomi halal perlu usaha pengharmoniaan undang-undang syariah, sivil - Mohd Na'im Pertumbunan pesat ekonomi halal perlu usaha pengharmoniaan undang-undang syariah, sivil - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41690907102_TBNaimMokhtar.jpg)
Pertumbunan pesat ekonomi halal perlu usaha pengharmoniaan undang-undang syariah, sivil - Mohd Na'im
Proses pengharmonian undang-undang di Malaysia yang bertujuan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, berdepan cabaran dan tentangan.