Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) sedang meyusun atur sistem penarafan bintang sebagai penilaian tahap kualiti maahad tahfiz di negeri ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penarafan bintang itu akan menjadi 'kayu pengukur' bagi menilai kepatuhan maahad tahfiz terhadap standard dan kualiti yang telah ditentukan.
"Beta berharap agar maahad tahfiz di Perlis akan menjadi contoh kepada maahad tahfiz yang lain sama ada dari aspek pengurusan, tadbir urus dan kurikulum yang cemerlang, kebolehpasaran pelajar serta persekitaran yang kondusif," titahnya pada program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Bilangan 54/2017 di Madrasah Miftahul Hidayah Beseri dekat sini malam tadi.
Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah semua maahad tahfiz di negeri ini adalah tertakluk kepada Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Perlis 1988.
Jabatan Mufti Negeri Perlis juga sentiasa proaktif memberikan pandangan dan saranan ke arah memastikan pegangan dan dasar maahad tahfiz di negeri ini seiring dengan 'Ahli Sunnah Wal Jamaah', titahnya.
Menurut baginda, MAIPs pula bersedia memberikan bantuan seperti geran tahunan di bawah peruntukan 'asnaf fisabilillah' sebanyak RM4,785,000 kepada Institusi Pendidikan Islam termasuk maahad tahfiz yang berdaftar dengan pihak JAIPs.
Titah Raja Muda, Institusi Pendidikan Tahfiz Al-Quran merupakan sebuah institusi yang signifikan kepada pengajaran dan pembelajaran berteraskan agama, justeru, kemuliaan pendidikan itu sewajarnya diangkat seiring dengan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan pendidikan.
"Pada masa yang sama, masyarakat seharusnya menyanjung tinggi segala bentuk usaha yang dilaksanakan oleh semua pihak sama ada kerajaan, pertubuhan mahupun individu atau orang perseorangan dalam merealisasikan niat dan hasrat murni ke arah kewujudan sebuah maahad tahfiz yang berjaya," titahnya.
Bagaimanapun, tambah baginda, niat dan hasrat murni itu perlulah selari dengan pengurusan yang profesional, terancang, selamat dan kondusif untuk pelajar supaya hasil daripada pengajaran di maahad tahfiz ini berhasil sepertimana yang dicita-citakan.
"Aspek keseimbangan dalam penyediaan kurikulum, infrastruktur dan prasarana hendaklah dititikberatkan supaya kebajikan pelajar terbela. Saya berharap tiada lagi peristiwa duka berlaku di sebahagian maahad tahfiz seperti kes pembulian, khianat, penipuan, penyelewengan dan pergaduhan bahkan kecuaian sehingga meragut nyawa insan tak berdosa," tambah baginda.
Dalam pada itu, titah baginda, para pelajar dan warga maahad tahfiz perlulah diberi latihan dalam menghadapi saat-saat getir seperti kebakaran, bencana banjir, ribut dan lain-lain situasi kecemasan.
"Selain aspek keselamatan, masyarakat perlulah memberikan sokongan padu dalam memastikan Institusi maahad tahfiz terus subur seiring gelombang perubahan pendidikan semasa," tegas Raja Muda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2017

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penarafan bintang itu akan menjadi 'kayu pengukur' bagi menilai kepatuhan maahad tahfiz terhadap standard dan kualiti yang telah ditentukan. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

JAIPs susun atur penarafan bintang Maahad Tahfiz
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) sedang meyusun atur sistem penarafan bintang sebagai penilaian tahap kualiti maahad tahfiz di negeri ini.