Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara agar menjaga mutu dan standard perkhidmatan bagi memastikan sumbangan mereka sentiasa dihargai.
Sebagai contoh, timbalan perdana menteri berkata di Arab Saudi, kepakaran rakyat Malaysia sebagai tenaga profesional dalam pelbagai bidang sememangnya diakui oleh negara berkenaan.
Beliau berkata tenaga profesional dan kejururawatan Malaysia yang berkhidmat di Arab Saudi merupakan yang terbaik dalam kalangan negara ASEAN dan memperoleh pendapatan yang tinggi.
"Kita mempunyai standard perkhidmatan menyamai negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain," katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama komuniti Malaysia di Riyadh pada Khamis.
Majlis dihadiri isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia itu, turut disertai kira-kira 250 rakyat Malaysia yang tinggal di Riyadh, termasuk golongan profesional, jururawat dan pelajar.
Ahmad Zahid berkata kerajaan sentiasa mengutamakan standard serta kualiti dan hanya menghantar tenaga kerja dalam bidang yang penting.
"Keistimewaan orang Malaysia...apabila kita mendapat gaji seperti itu (pendapatan yang tinggi), ertinya pengiktirafan mereka bukan sahaja kepada ketrampilan, kemahiran dan kemampuan profesionalisme yang ada pada kita.
"...tetapi piawaian atau standard yang tinggi terus dipertahankan oleh tenaga-tenaga profesional dan kejururawatan yang tidak pernah dikompromi kerana kita menjaga mutu piawaian itu...itu hebatnya orang Malaysia," katanya.
Timbalan perdana menteri berkata kecemerlangan tenaga kerja profesional Malaysia yang mendapat pujian kerajaan Arab Saudi, juga hasil daripada sistem pendidikan negara yang sediakan kerajaan selama ini.
Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke Arab Saudi, bermula Rabu. - Bernama
Bernama
Fri Oct 14 2016
Datuk Seri Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke Arab Saudi, bermula Rabu. - Foto BERNAMA
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.
RISDA diminta memperbanyak pusat pengumpulan getah - Ahmad Zahid
RISDA telah diminta untuk memperbanyak pusat pengumpulan getah di seluruh negara antara lain bagi menambah pendapatan pekebun kecil.
Hormati keputusan mahkamah bebas Rosmah - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Khamis.
'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.