Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihati ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka dan tidak membiarkan mereka bermain air ketika musim banjir ini.
Menurut Setiausaha MKN Kelantan, Azhar Yusof, air banjir yang melanda di negeri ini adalah air daripada kawasan pedalaman yang suhunya sejuk dan boleh mengundang bahaya.
Tambah beliau lagi, selain arus air yang deras, air banjir juga menghanyutkan sisa kotoran dan kondisi air yang sejuk boleh menyebabkan berlaku kekejangan.
“Kepada orang ramai saya harap semua pihak berhati-hati semasa musim tengkujuh ini. Ramai anak-anak yang bermain di kawasan yang selalu dinaiki air dan saya nasihati supaya mengawasi anak-anak daripada bermain di kawasan air yang dalam,” kata Azhar.
Beliau berkata demikian ketika menerima sumbangan dari syarikat pengeluaran kereta tempatan Perodua yang menghulurkan bantuan berjumlah RM20,000 berupa barang keperluan asas kepada penduduk terjejas banjir.
Bantuan disampaikan oleh wakil syarikat berkenaan, Mahiran Salleh kepada MKN Kelantan,di sini pada Ahad.
Beliau juga mengharapkan supaya syarikat korporat lain turut sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir ini.
Astro Awani
Mon Dec 22 2014
Lumrah kanak-kanak suka bermain di mana sahaja, walaupun dalam keadaan banjir. - Foto BERNAMA
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
[TERKINI] Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan.
10 Berita Pilihan - (05 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Jaga anak ketika musim banjir - MKN
Majlis Keselamatan Negara menasihati ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka ketika musim banjir ini.