KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi tampil menjelaskan isu pertikaian lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi.
Menurut Ahmad Farhan dalam satu kenyataan, beliau mengambil maklum terdapat beberapa pihak berkepentingan sengaja mempolitikkan isu tersebut.
Katanya, jadual Perdana Menteri sangat padat dan tersusun di mana Anwar mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan badan Liga Muslim Dunia di Mekah.
Jelasnya lagi, Anwar turut menyaksikan beberapa pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) penting melibatkan lapangan perniagaan dan industri selain menekuni beberapa permasalahan mendesak yang merundung dunia Arab dan Islam dan juga menyantuni komuniti serta mahasiswa Malaysia di Arab Saudi.
"Meski cubaan mereka untuk menggariskan lawatan berkenaan sebagai satu bentuk kegagalan dan pembaziran dana rakyat, saya ingin menegaskan bahawa lawatan tersebut sangat berhasil malah memperkukuh hubungan Putrajaya-Riyadh meski dalam tempoh yang singkat Perdana Menteri di tampuk pemerintahan.
"Ingin dimaklumkan juga pihak kerajaan Arab Saudi telah meminta untuk lawatan ini dilanjutkan bagi menyusun pertemuan dengan pimpinan kerajaan Arab Saudi.
"Namun, Perdana Menteri terpaksa menolak secara baik kerana beliau telah dijadualkan untuk hadir ke majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Sabtu.
Seterusnya kata Ahmad Farhan, Anwar akan melakukan kunjungan rasmi ke Phnom Penh, Cambodia pada Isnin ini dan ke Hainan dan Beijing pada Rabu bagi bertemu Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatnya Premier Li Qiang.
"Justeru itu, saya menggesa kepada pihak yang kekontangan modal dan bankrap isu untuk menghentikan polemik ini dan bersama mendukung usaha dan upaya Kerajaan Perpaduan dalam memperkukuh imej Malaysia selain memantapkan kerjasama dan hubungan luar negara," ujarnya.
Penjelasan ini susulan persoalan dilontarkan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengenai lawatan Anwar ke Arab Saudi namun tidak menemui Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
Astro Awani
Sun Mar 26 2023
Anwar sebelum berlepas ke ibu negara bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Islamil dan delegasi selepas mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Anwar tekankan keperluan perkukuh hubungan ketenteraan Malaysia-Pakistan
Anwar memuji "peranan Angkatan Tentera Pakistan dalam keamanan dan kestabilan serantau, mengakui profesionalisme dan pengorbanan mereka dalam memerangi keganasan".
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Kerajaan MADANI pulih keyakinan pelabur melalui usaha basmi rasuah - PM Anwar
Anwar berkata pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
PM Anwar saran Pakistan manfaatkan Malaysia sebagai pintu gerbang ASEAN
Anwar mengetengahkan peranan strategik Malaysia sebagai pintu gerbang untuk Pakistan mendapat akses terhadap peluang ekonomi rantau ASEAN.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).