AYER KEROH: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat negara ini menjadikan seni silat sebagai sebahagian daripada gaya hidup masa kini.
Beliau berkata, silat boleh membentuk karakter peribadi dan disiplin bagi pengamalnya sekali gus memainkan peranan besar dalam memastikan budaya Melayu terkenal dan diwarisi di peringkat sejagat.
Malah katanya, silat juga terbukti mampu menjadi jambatan budaya Melayu Nusantara dengan dunia luar melalui ratusan ribu ahlinya di benua Eropah, Asia Tengah, Asia Timur dan Afrika.
“Saya berharap seni silat akan terus dipraktikkan oleh generasi masa kini dan akan datang supaya ia kekal dimartabatkan dan terus relevan sepanjang masa.
“Budaya persilatan yang telah lama bertapak ini perlu dikekalkan agar dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat (kerana) seni silat ini bukan sekadar untuk mempertahankan diri, tetapi ia juga membentuk keterampilan dan jati diri mereka yang mempelajarinya.
“Malah, ia juga mendidik pengamalnya supaya tidak mudah mengalah dan berjiwa besar, selain sentiasa menyemai dan menyemarakkan semangat perjuangan pejuang silam,” ujar beliau.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini Ahad malam.
Majlis itu turut dihadiri Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) yang juga Menteri Pertahanan Indonesia, Datuk Seri Probowo Subianto; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; dan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, dunia persilatan Melayu juga telah menyaksikan pelbagai pencapaian dan kejayaan, malah telah diiktiraf sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara.
Selain itu katanya, terdapat beberapa persatuan silat juga menerima pendaftaran baharu mencecah lapan kali ganda dalam tempoh setahun berbanding sebelum ini.
“Baru-baru ini, tayangan filem ‘Mat Kilau’ telah mencetuskan fenomena di negara ini dan percaya ramai yang telah menonton filem ini yang diinspirasikan daripada perjuangan dan keberanian pahlawan Melayu, Mat Kilau dalam menentang penjajahan.
“Impak filem itu begitu luar biasa, bukan hanya mencatat kutipan sehingga RM90 juta hanya dalam tempoh 33 hari ditayangkan, malah kepada persatuan silat apabila menerima banyak ahli baharu yang berminat untuk mempelajari seni mempertahankan diri ini," katanya.
Tambahnya, fenomena itu jelas menunjukkan pengaruh silat yang memaparkan semangat juang yang tinggi, pembawaan watak persilatan dan adab orang Melayu memberi impak kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk mengenalinya secara mendalam.
Dalam pada itu, Ismail Sabri, turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Pesaka.
“Pada malam ini dengan sukacitanya saya mengumumkan dana sebanyak RM1 juta kepada Pesaka.
“(Peruntukan) ini bagi menghargai sumbangan yang diberikan oleh anak- anak silat serta membantu Pesaka mengembangkan seni silat ini,”katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jul 31 2022

Ismail Sabri berkata, silat boleh membentuk karakter peribadi dan disiplin bagi pengamalnya. - Gambar/ Astro AWANI

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Jadikan seni silat gaya hidup masa kini - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat negara ini menjadikan seni silat sebagai sebahagian daripada gaya hidup masa kini.

Silat jadi aktiviti korikulum sekolah, subjek pilihan di universiti
Aktiviti mempromosikan seni silat ini juga akan dilakukan di luar negara melalui Bahagian Education Malaysia.