KUALA TERENGGANU: Musim tengkujuh tidak menghalang bot-bot nelayan Kelas C mengambil kesempatan untuk menceroboh kawasan pesisir pantai.
Namun, kelibat nelayan-nelayan tempatan itu yang cuba menangkap ikan di kawasan larangan, dapat dihidu Jabatan Perikanan Terengganu dengan penahanan tiga bot Kelas C dalam operasi pada Khamis.
Ketiga-tiga bot dari Pahang itu dikesan antara jam 1.30 pagi dan 2 pagi pada jarak antara 4.4 dan 7.3 batu nautika dari Pulau Nyirih, Kuala Dungun.
Ketika ditahan, kesemua bot itu berada pada jarak kurang 12 batu nautika dari Pulau Nyirih.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim yang turut menyertai operasi itu, pada jarak itu, hanya nelayan Terengganu dibenarkan untuk menangkap ikan.
Katanya, kesemua rampasan, termasuk bot, peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan dianggarkan bernilai RM3 juta.
"Jarak 12 batu nautika ialah zon kawasan tangkapan yang dikhususkan untuk negeri tersebut. Jadi, kalau dalam konteks perairan Terengganu, 12 batu nautika dikhususkan untuk bot-bot yang berdaftar di Terengganu sahaja.
"Bot yang berdaftar di negeri lain di luar daripada Terengganu, mereka dibenarkan menangkap ikan di luar daripada 12 batu nautika," katanya.
Beliau berkata, seramai 15 nelayan termasuk 10 warga Myanmar berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan.
Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.
Sementara itu, Azman berkata, sepanjang tahun ini Jabatan Perikanan Terengganu telah menahan 49 bot.
Ia melibatkan anggaran jumlah sitaan sebanyak RM50 juta.
Astro Awani
Fri Dec 24 2021
Jabatan Perikanan Terengganu tahan tiga bot nelayan Kelas C dalam operasi pada Khamis. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025
Penerimaan itu adalah di bawah program yang bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor seperti pertanian dan perikanan.
MAHA 2024: Dari akuakultur ke megafauna, Laman Agrofood Perikanan janjikan tarikan hebat buat anda
Laman Agrofood Perikanan, yang merupakan sebahagian daripada Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024, menjadi antara tarikan utama buat pengunjung.
KPKM mahu generasi muda ceburi sektor perikanan sebagai nelayan moden
Penglibatan belia sangat penting kepada sektor perikanan negara bagi memastikan kelestarian sekuriti makanan negara.
Malaysia kekurangan tekong tempatan untuk kapal nelayan - Mohamad
"LKIM perlu berusaha melahirkan lebih ramai tekong negara pada masa akan datang, dan bayaran untuk tekong ini selalunya gaji lebih lumayan."
Industri akuakultur catat pengeluaran bernilai RM3.9 bilion pada 2023
Pameran kali ini juga diharapkan dapat menarik minat pelabur atau kumpulan sasar dalam industri akuakultur.
Korea Selatan beri jaminan makanan lautnya selamat
Menteri Perikanan dan Laut Cho Seung Hwan berkata terdapat data yang mencukupi untuk menyokong dakwaan berkenaan.
SIBS 2023: Pembangunan SABDA tarik RM600 juta pelaburan, 7,000 pekerjaan
Dua projek perikanan berskala besar di bawah SABDA bakal menarik kira-kira RM600 juta pelaburan selain bakal menyediakan lebih 7,000 pekerjaan dalam tempoh 10 tahun.
929 pekebun, penternak terjejas banjir rugi lebih RM17 juta
Seramai 929 pekebun dan penternak di seluruh negeri telah memohon bantuan bencana banjir melibatkan kerugian berjumlah lebih RM17 juta selepas terjejas bencana itu, Mac lepas.
Pengurus syarikat perikanan direman bantu siasatan kes suapan anggota APMM
Suspek dipercayai terlibat memberi suapan bulanan kepada anggota APMM, sebagai dorongan mengelak bot diperiksa anggota penguat kuasa.
MAFI pantau kos pengeluaran makanan termasuk bahan api
MAFI sentiasa memantau kos pengeluaran makanan termasuk kos bahan api seperti diesel bagi memastikan perubahan harga tidak menjejaskan sektor makanan negara terutama subsektor perikanan.