ISKANDAR PUTERI: Seramai 929 pekebun dan penternak di seluruh negeri telah memohon bantuan bencana banjir melibatkan kerugian berjumlah lebih RM17 juta selepas terjejas bencana itu, Mac lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Zahari Sarip berkata permohonan berkenaan melibatkan pengusaha subsektor tanaman agromakanan, subsektor penternakan, subsektor perikanan serta subsektor industri asas tani.
Beliau berkata permohonan bagi peruntukan itu telah dikemukakan jabatan atau agensi berkenaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
"Permohonan bantuan itu kini di peringkat kelulusan menerusi peruntukan di bawah Tabung Bencana iaitu Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) kementerian," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Gan Peck Cheng (PH-Penggaram) yang ingin tahu jumlah kerugian dialami pekebun dan penternak susulan banjir besar Mac lepas.
Menurut Zahari (BN-Buloh Kasap), Jabatan Pertanian Johor menerima sebanyak 704 permohonan bencana melibatkan tanaman padi, sayur, buah-buahan, lebah madu, cendawan serta industri asas tani (IAT) dengan anggaran kerugian RM10.3 juta.
Berdasarkan permohonan itu, beliau berkata Segamat merekodkan jumlah kerugian tertinggi dengan RM2.363 juta, diikuti Tangkak dengan RM2.156 juta dan Batu Pahat RM1.844 juta.
"Kesemua permohonan ini telah diangkat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bencana peringkat negeri pada April 2023 untuk diperakukan. Seterusnya permohonan ini akan dimajukan melalui sumber peruntukan negeri dan Persekutuan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata setakat 24 Mei tahun ini, seramai 60 pengusaha sektor perikanan terkesan dengan banjir melibatkan kerugian kira-kira RM5.234 juta.
Persidangan DUN Johor ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Zahari berkata permohonan bagi peruntukan itu telah dikemukakan jabatan atau agensi berkenaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. - Gambar fail/Bernama
Rangka manusia ditemukan di ladang sawit
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan itu kira-kira jam 10.10 pagi.
Pilihan Raya Presiden Syria 4 hingga 5 tahun lagi
Presiden Interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan pilihan raya presiden pertama selepas peralihan kuasa dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun.
WHO seru negara anggota desak Amerika Syarikat batal hasrat keluar
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru pegawai kesihatan negara-negara anggota agar mendesak Washington membatalkan keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik diri daripada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Qatar, Turki tolak cadangan Trump 'bersihkan' Gaza
Menteri Luar Qatar dan Turki menentang rancangan kontroversi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk "membersihkan" Semenanjung Gaza.
Israel terus serang Tebing Barat
Rakyat Palestin pada Isnin mengadakan upacara pengebumian tujuh daripada sekurang-kurangnya 22 orang yang terbunuh akibat serangan Israel di wilayah Tebing Barat yang diduduki sejak dua minggu lalu.
Mexico, Amerika Syarikat tangguh pelaksanaan tarif sebulan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump umum penangguhan pelaksanaan tarif baru terhadap Mexico selama sebulan.
Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."
Hanya beberapa jam sebelum dilaksana, Trump tangguh tarif ke atas Mexico, Kanada
Trump tangguh tarif ke atas Mexico dan Kanada selepas berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara jiran itu.
Polis buru suspek pecah rumah
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di Bandar Baru Bangi di sini pada Sabtu.
Kedah umum 11 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam
Kerajaan Kedah memutuskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.
Mangsa banjir terus menurun, lebih banyak PPS ditutup malam ini
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus berkurangan malam ini, dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup lewat petang tadi.
Mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 5,592 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 5,592 orang daripada 1,788 keluarga yang masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 malam ini.
Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,760 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus bertambah kepada 6,760 orang setakat 8 malam ini, meningkat berbanding 6,575 orang petang tadi manakala situasi di Perlis dan Pulau Pinang bertambah baik.
Jumlah mangsa banjir kekal 278 orang malam ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas banjir kekal 278 orang, setakat 8 malam ini.
Mangsa banjir di Sabah dan Pahang menurun, Johor kekal petang ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang menunjukkan penurunan, manakala Johor tidak berubah dengan jumlah keseluruhan 278 mangsa masih berlindung di enam PPS di tiga negeri berkenaan, petang ini.
Mangsa banjir di Johor dan Pahang berkurang, Sabah kekal malam ini - NADMA
Keadaan banjir di Johor dan Pahang semakin baik apabila jumlah mangsa yang direkodkan menurun, manakala situasi di Sabah kekal menjadikan jumlah mangsa malam ini sebanyak 459 orang.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor naik meningkat, Pontian daerah terbaharu terjejas
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 3,322 orang di 45 pusat pemindahan sementara (PPS).
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Pahang dan Kelantan kekal - Nadma
Banjir di tiga negeri kian pulih dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 85 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 114 orang di lima PPS petang tadi.
Mangsa banjir di empat negeri berkurangan kepada 10,000 setakat malam ini - Nadma
Jumlah mangsa banjir di empat negeri berkurangan sedikit kepada 10,000 orang di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 10,895 orang di 41 PPS petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor turun, Pahang meningkat - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor terus mencatatkan trend penurunan manakala Pahang meningkat.