Kementerian Pendidikan mahu semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengenal pasti sekolah-sekolah yang memerlukan pendawaian semula bagi mengelak berlakunya litar pintas seperti yang dialami Sekolah Kebangsaan Taman Samudra, Batu Caves pada Rabu.
Selain itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid juga mahu JPN melengkapkan segera profil berkaitan status pendawaian elektrik di semua sekolah di negara ini.
Menurutnya, arahan itu dibuat kerana masih ada sekolah yang sistem pendawaiannya berstatus kritikal dan belum melakukan pendawaian semula.
"Saya juga melihat perkara ini serius. saya minta juga dalam Jabatan Pendidikan Negeri melalui Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
"Mereka mungkin sudah ada profil. Contoh sekolah yang sudah 20 tahun (atau) 30 tahun ataupun kalau sekolah itu sudah 30 tahun, ada lima blok, berapa blok sudah ada pendawaian semula? Berapa blok yang tidak ada?" kata Mahdzir pada sidang media selepas meninjau kesan kebakaran di Sekolah Kebangsaan Taman Samudra, Batu Caves di sini hari ini.
Mahdzir berkata laporan awal yang diterimanya mendapati kebakaran yang berlaku semalam itu berpunca daripada litar pintas.
Justeru, beliau berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dapat menyiapkan laporan secepat mungkin bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih sekolah itu dapat dilakukan segera.
"Kita boleh guna (untuk baik pulih) melalui peruntukan darurat. Kalau boleh peruntukan itu diserahkan dalam seminggu lagi, mungkin boleh siap (baik pulih) sebelum buka musim sekolah tahun hadapan.
Dalam kejadian semalam, kesemua enam kelas di tingkat empat SK Taman Samudra hangus dijilat api dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM500,000.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Oct 08 2015
![Jabatan Pendidikan Negeri diarah siapkan profil pendawaian sekolah Jabatan Pendidikan Negeri diarah siapkan profil pendawaian sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71444271633_mahdzirkhalid.jpg)
Datuk Seri Mahdzir Khalid (kanan) juga mahu JPN melengkapkan profil berkaitan status pendawaian elektrik di semua sekolah di negara ini. -Foto Astro AWANI / Harits Asyraf Hasnan
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Pakej umrah: Bekas pengarah YBNT didakwa tipu 26 mangsa Pakej umrah: Bekas pengarah YBNT didakwa tipu 26 mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563286628_YBNT.jpg)
Pakej umrah: Bekas pengarah YBNT didakwa tipu 26 mangsa
Mohd Adam Mohd Ghazali didakwa melakukan kesalahan itu dengan memperdaya mangsa untuk mengerjakan umrah di bawah syarikat YBNT bagi sesi November hingga Disember 2016, yang sebenarnya tidak wujud.