Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuhkan dalam tempoh dua tahun bagi mewujudkan pengasingan kuasa antara Jabatan Pendakwaan dan Jabatan Kehakiman Syariah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata jabatan itu akan mengawal selia semua perkara berkaitan pendakwaan syariah di Malaysia termasuk pengurusan dan tadbir urus, kemahiran pendakwa syarie, penyeragaman undang-undang jenayah syariah serta pelaksanaan proses dan prosedur perundangan.
Menurutnya, setakat ini Jabatan Pendakwaan Syariah telah ditubuhkan di peringkat Wilayah Persekutuan dan menjadi hasrat agar jabatan pendakwaan di peringkat Persekutuan ditubuhkan memandangkan pada masa ini jabatan pendakwaan negeri-negeri adalah di bawah Jabatan Kehakiman Syariah.
Untuk itu, Mujahid berkata satu kertas kerja mengenai pembentukan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia akan dibentangkan pada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada tahun depan.
"Selepas MKI, kita bawa kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapatkan perkenan dan seterusnya barulah kita boleh buat libat urus di peringkat negeri-negeri," katanya kepada media selepas menghadiri Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2019, di sini hari ini.
Mengenai persidangan itu, Mujahid berkata ia diadakan bagi memperkukuh pemahaman dan pengetahuan pendakwa syarie terhadap isu-isu perundangan syariah dalam negara, selain mempersiapkan mereka dengan maklumat terkini ke arah penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 01 2019
![Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuh dalam dua tahun Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuh dalam dua tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81569932016_MujahidYusofRawa.jpg)
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyampaikan ucapan pada perasmian Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2019 anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP) hari ini. - Foto BERNAMA
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Periksa latar belakang pendakwah, hubungan kaum masih rapuh - Mujahid Periksa latar belakang pendakwah, hubungan kaum masih rapuh - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81569932016_MujahidYusofRawa.jpg)
Periksa latar belakang pendakwah, hubungan kaum masih rapuh - Mujahid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata langkah perlu dilakukan kerana hubungan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia ketika ini agak rapuh.
![Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuh dalam dua tahun Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuh dalam dua tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81569932016_MujahidYusofRawa.jpg)
Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuh dalam dua tahun
Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuhkan dalam tempoh dua tahun bagi mewujudkan pengasingan kuasa antara Jabatan Pendakwaan dan Jabatan Kehakiman Syariah, kata Menteri di Jabatan Perdan
![Perhimpunan aman solidariti kedamaian, tolak kebencian, Sabtu ini - Mujahid Perhimpunan aman solidariti kedamaian, tolak kebencian, Sabtu ini - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61550762181_mujahid.jpg)
Perhimpunan aman solidariti kedamaian, tolak kebencian, Sabtu ini - Mujahid
Perhimpunan itu bagi menunjuk kepada dunia bahawa Malaysia tolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch.
![Gerakan Anti Perkauman mahu semarak semula roh kemerdekaan Gerakan Anti Perkauman mahu semarak semula roh kemerdekaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/61361607666_295x200.jpg)
Gerakan Anti Perkauman mahu semarak semula roh kemerdekaan
Berteraskan perpaduan kaum, sekumpulan pemimpin masyarakat pelbagai kaum dan agama bersatu membentuk pasukan kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP).