Berteraskan perpaduan kaum, sekumpulan pemimpin masyarakat pelbagai kaum dan agama bersatu dalam membentuk pasukan kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP).
Menurut The Malaysian Insider, GAP akan dilancarkan secara rasmi malam ini di Petaling Jaya dengan menggabungkan beberapa pihak daripada pelbagai latar belakang politik, agama dan bermastautin di Malaysia.
"Saya melihat realiti setelah 57 tahun merdeka, roh kemerdekaan yang diasaskan pemimpin awal disabotaj di tengah jalan, dengan melahirkan nilai bahaya kepada negara, iaitu perkauman dan ektremis sempit," kata pengerusi penaja GAP, Datuk Dr Mujahid Yusof kepada portal berita tersebut.
Bagi Mujahid, negara ini mula dibentuk adalah atas dasar kepelbagaian.
"Ia satu keperluan untuk dirai, bukan satu realiti sahaja.
"Jadi, ia perlu satu gerakan yang menganggap perkauman sempit dan rasis itu satu batu penghalang kepada cita-cita dan roh kemerdekaan yang diasaskan pemimpin awal," kata Mujahid menjelang pelancaran GAP.
Mujahid yang merupakan ahli Parlimen Parit Buntar dari parti PAS akan bergabung dengan pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah.
Idea membentuk GAP mula dicetuskan oleh anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Mohd Tamrin Abdul Ghafar lebih setahun lalu ketika berucap memperingati tragedi 13 Mei.
Tamrin mencadangkan kempen itu dalam satu majlis di Dewan Perhimpunan Cina Selangor pada 13 Mei 2013, dan selepas itu beliau didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 dan dipanggil untuk membela diri baru-baru ini oleh mahkamah.
Aktivis wanita DAP Dyana Sofya Mohd Daud dan aktivis masyarakat dari Sarawak yang kini bermastautin di Kuala Lumpur, Edwin Agong, turut menyatakan kesediaan untuk menyertai kempen anti perkauman ini.
Astro Awani
Wed Oct 15 2014

Bagi Mujahid, negara ini mula dibentuk adalah atas dasar kepelbagaian. -Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Periksa latar belakang pendakwah, hubungan kaum masih rapuh - Mujahid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata langkah perlu dilakukan kerana hubungan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia ketika ini agak rapuh.

Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuh dalam dua tahun
Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuhkan dalam tempoh dua tahun bagi mewujudkan pengasingan kuasa antara Jabatan Pendakwaan dan Jabatan Kehakiman Syariah, kata Menteri di Jabatan Perdan

Perhimpunan aman solidariti kedamaian, tolak kebencian, Sabtu ini - Mujahid
Perhimpunan itu bagi menunjuk kepada dunia bahawa Malaysia tolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch.

Gerakan Anti Perkauman mahu semarak semula roh kemerdekaan
Berteraskan perpaduan kaum, sekumpulan pemimpin masyarakat pelbagai kaum dan agama bersatu membentuk pasukan kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP).