Jabatan Meteorologi Malaysia bersiap sedia melakukan pembenihan awan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kekal pada tahap tidak sihat antara 101 dan 200 selepas 72 jam, bermula petang semalam.
Pegawai Meteorologi Kanan Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata tinjauan bermula pada 5 petang semalam mendapati beberapa kawasan mencatat IPU melebihi 100.
"Kalau keadaan ini berterusan selama 72 jam atau tiga hari berturut-turut maka operasi pembenihan awan akan diaktifkan mengikut prosedur yang ditetapkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata ketampakan rendah berlaku di bahagian barat Sarawak dengan jarak 500 meter dan kawasan pedalaman di Pahang merekodkan jarak penglihatan paling minimum sejauh satu kilometer setakat petang ini.
"Dalam tempoh dua atau tiga hari, hujan berkurangan terutama di kawasan yang terjejas jerebu dan keadaan ini akan kembali reda pada awal Oktober disertai dengan taburan hujan yang lebih banyak dan menyeluruh di seluruh negara," kata Mohd Hisham.
Dalam pada itu, Mohd Hisham berkata taufan Dujuan dari Filipina yang mempengaruhi tiupan angin berjerebu dari Sumatera dan Kalimantan sedang bergerak ke timur China dan dijangka 'melemah' di kawasan itu.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, setakat pukul 2 petang, tiga kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat berbanding lima pada 11 pagi tadi.
Shah Alam mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 239, diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (228), dan Pelabuhan Klang (215).
Petaling Jaya dan Putrajaya yang mencatatkan IPU sangat tidak sihat pada pagi tadi menurun ke tahap tidak sihat iaitu masing-masing 196 dan 193.
Selain dua kawasan itu, 14 kawasan lain turut merekodkan IPU tidak sihat iaitu Sri Aman (186), Banting (181), Cheras (176), Kuala Selangor (163), Tanjung Malim (150), Samarahan (145), Seremban (141), Kuching (133), Nilai (131), Sri Manjung (126), Port Dickson (125), Jerantut (123), SK Jalan Pegoh, Ipoh (106) dan Bukit Rambai (101).
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Bernama
Sun Sep 27 2015
![Jabatan Meteorologi siap sedia lakukan pembenihan awan Jabatan Meteorologi siap sedia lakukan pembenihan awan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71442643567_haze.jpg)
Jabatan Meteorologi Malaysia bersiap sedia melakukan pembenihan awan sekiranya bacaan IPU kekal pada tahap tidak sihat.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
![Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721173465_tblelakiditahanAI.jpg)
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
![Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697763805_jerebu.jpg)
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
![Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696822567_jerebu.jpg)
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
![Jerebu: Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5 petang Jerebu: Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5 petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697622998_KualaLumpur.jpg)
Jerebu: Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5 petang
Lapan kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat 5 petang ini.
![Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697169892_jerebu.jpg)
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
![Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697583749_Jerebu.jpg)
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
![Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697169892_jerebu.jpg)
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
![Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696991076_JEREBU.jpg)
Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini
Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
![Dua kawasan catat IPU tidak sihat Dua kawasan catat IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696991076_JEREBU.jpg)
Dua kawasan catat IPU tidak sihat
Dua kawasan berkenaan ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 153 dan Larkin, Johor (126).
![Tiga kawasan catat bacaan IPU tidak sihat Tiga kawasan catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696829000_KualaLumpur.jpg)
Tiga kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi, Bukit Rambai di Melaka, mencatatkan bacaan IPU paling tinggi dengan paras 155.
![Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696930622_KualaLumpur.jpg)
Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Cheras di sini merekodkan bacaan tertinggi iaitu 160.