GEORGE TOWN: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) hari ini menafikan mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp bahawa kononnya telah berlaku penularan COVID-19 varian jenis Delta di beberapa kawasan di negeri ini.
Menurut kenyataan JKNPP, mesej itu juga memaklumkan kononnya jabatan itu telah mengenal pasti 180 individu di kawasan George Town yang dijangkiti varian itu, walhal perkara tersebut tidak betul.
"Berita palsu yang disebarkan menerusi WhatsApp itu memaklumkan orang ramai agar mengelak untuk pergi ke kawasan Lebuh Light, Jalan Pantai, Lebuh Victoria, Lebuh King, Lebuh Queen, Lebuh Chulia, Lebuh China, Lebuh Pasar, Jalan Gereja, Pengkalan Weld, Gat Lebuh Gereja, Gat Lebuh Pasar dan Gat Lebuh Chulia kerana berlaku penularan varian jenis Delta," kata JKNPP dalam kenyataan yang dikongsi di laman Facebook rasmi jabatan itu hari ini.
Berita palsu tersebut turut mendakwa bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan berikutan penularan varian berkenaan di George Town yang kini diklasifikasikan sebagai zon merah.
JKNPP menegaskan semua mesej yang ditularkan itu adalah tidak benar dan orang ramai diminta agar tidak menyebarkan berita palsu. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) hari ini menafikan mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp bahawa kononnya telah berlaku penularan COVID-19 varian jenis Delta di beberapa kawasan di negeri ini. - Gambar fail BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Tidak patuh PPKHT 2004: JKNPP keluar 7,839 notis, kompaun lebih RM1 juta
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 7,839 notis kehadiran ke mahkamah membabitkan tawaran kompaun bernilai RM1.11 juta.

Lelaki ditahan tampar petugas kesihatan ambil sampel jentik-jentik
Polis menahan seorang lelaki kerana menampar petugas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) yang sedang mengambil sampel jentik-jentik di rumah suspek di Taman Melati, Bayan Baru.

JKNPP jalankan siasatan dalaman kejadian wanita bersalin dalam kereta
Siasatan itu akan dibuat segera bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada semua lapisan masyarakat.

125 mesin air bertapis tanpa lesen bernilai RM875,000 disita
Tindakan sitaan dibuat berikutan pemiliknya gagal mematuhi peraturan ditetapkan selain mengabaikan faktor kebersihan dan kesihatan.

Premis kotor, dua kilang memproses makanan diarah tutup
Dua buah kilang, iaitu kilang memproses tauhu dan kilang belacan, diarah tutup selama dua minggu berikutan keadaan premis yang kotor dan menjijikkan.

Jabatan Kesihatan P. Pinang nafi berlakunya penularan varian Delta
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang nafi mesej yang tular kononnya berlaku penularan COVID-19 varian Delta di beberapa kawasan di negeri ini.

Kes demam denggi di P.Pinang menurun
Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan 85.84 peratus dengan 182 kes direkodkan bagi tempoh awal Januari hingga 8 Feb lepas.

Usah panik! Tiada kes koronavirus di Pulau Pinang, Pahang
Tiada sebarang kes disyaki jangkitan koronavirus dimasukkan ke mana-mana hospital di Pulau Pinang dan Pahang.

SPR kesal, mohon maaf kejadian keracunan makanan di Politeknik Balik Pulau
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata siasatan telah dimulakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bagi mengenal pasti punca kejadian.

HFMD: Pasar raya, pusat beli-belah P. Pinang diarah lakukan kerja disinfeksi
Arahan dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati troli dan alatan permainan antara punca penularan penyakit itu.