GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki kerana menampar petugas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) yang sedang mengambil sampel jentik-jentik di rumah suspek di Taman Melati, Bayan Baru dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata kejadian itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika petugas JKNPP itu sedang membuat pemeriksaan nyamuk aedes di kawasan perumahan terbabit.
"Menurut lelaki itu, semasa dia sedang mengambil sampel jentik-jentik di kediaman suspek, tiba-tiba suspek datang dan terus menamparnya pada bahagian muka beberapa kali sehingga petugas berkenaan mengalami luka kecil pada bahagian dahi.
"Petugas JKNPP itu membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit dan bertindak daripada laporan itu, kami menahan lelaki berumur 44 tahun itu di rumahnya semalam kerana dia turut menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa insiden itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kamarul Rizal berkata lelaki itu direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023

Polis menahan seorang lelaki kerana menampar petugas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) yang sedang mengambil sampel jentik-jentik di rumah suspek di Taman Melati, Bayan Baru semalam. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Lelaki ditahan tampar petugas kesihatan ambil sampel jentik-jentik
Polis menahan seorang lelaki kerana menampar petugas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) yang sedang mengambil sampel jentik-jentik di rumah suspek di Taman Melati, Bayan Baru.

Kes demam denggi di P.Pinang menurun 86.05 peratus
Dari awal Januari hingga 15 Feb, hanya satu kematian akibat denggi dilaporkan berbanding lima kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Kes demam denggi di P.Pinang menurun
Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan 85.84 peratus dengan 182 kes direkodkan bagi tempoh awal Januari hingga 8 Feb lepas.

Kes denggi di Kelantan menurun berbanding tahun lalu
Jumlah kes demam denggi di seluruh Kelantan dilaporkan menurun sepanjang tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Selangor mempunyai lokaliti aktif denggi terbanyak di negara
Sebanyak 174 atau 64 peratus daripada 274 lokaliti aktif di seluruh negara sehingga 20 Feb lalu adalah di negeri itu.

Kes denggi di Pulau Pinang di tahap 'krisis' - Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang menyeru rakyat untuk lebih peka terhadap kebersihan kawasan kediaman mereka untuk membendung penularan wabak demam denggi.