Tujuh puluh sembilan warga asing diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah di sini malam tadi walaupun disabotaj dengan tayar kenderaan ketua operasinya dibocorkan.
Penolong Pengarah Imigresen Kedah, Nar Azaman Ibrahim yang mengetuai operasi itu berkata tujuh individu tempatan yang cuba menyembunyikan warganegara asing ini turut diberkas dalam inisiatif terbaharu membanteras pesalah imigresen di sini.
"Kereta yang saya gunakan semasa operasi ini disabotaj dengan dua daripada tayarnya telah dengan sengaja dibocorkan oleh pihak tertentu yang cuba menghalang usaha kita ini," katanya semasa ditemui di akhir hari ketiga operasi itu malam tadi.
Katanya kejadian itu berlaku semasa beliau bersama anggotanya menyerbu sebuah pusat urut di sini yang mana enam orang wanita warganegara Thailand telah diberkas kerana bekerja di sini tanpa permit.
Selain Thailand, warganegara asing lain yang turut diberkas adalah dari Algeria, Myanmar, Indonesia, Nepal dan Filipina, sementara warganegara tempatan yang ditahan merupakan majikan atau penyelia kepada warganegara asing berkenaan.
Bernama
Tue Nov 03 2015
Tujuh individu tempatan yang cuba menyembunyikan warganegara asing tersebut turut diberkas dalam inisiatif terbaharu membanteras pesalah imigresen di sini.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Jabatan Imigresen berkas 79 warga asing, tujuh rakyat tempatan di Langkawi
Tujuh puluh sembilan warga asing diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah walaupun disabotaj dengan tayar kenderaan ketua operasinya dibocorkan.