TANJUNG MALIM: Guru perlu mengizinkan pelajar untuk berfikiran kreatif bagi membolehkan anak didik mereka mencabar kelaziman, titah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, selaku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Titah baginda, guru juga perlu menyerlahkan anak didik dengan pelbagai realiti kehidupan dan persiapkan mereka dengan pendidikan yang berteraskan realiti kehidupan.
“Dalam kembara pencarian ilmu, kita pastinya sedar bahawa ilmu dipertemukan melalui bimbingan insan yang menjiwai sifat guru yang sejati.
“Guru yang sejati mempunyai roh, semangat dan jati diri yang ikhlas dalam mendidik anak didiknya.
“Guru yang sejati bukan sahaja hebat dalam kaedah pengajarannya, malah memiliki sifat pendidik yang semula jadi lagi berhemah, serta disanjung, dihormati dan dikasihi oleh para murid begitu juga masyarakat,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-25 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, di sini, hari ini.
Baginda bertitah, Rasulullah SAW adalah teladan seorang pendidik yang wajib dijadikan contoh.
“Baginda mendidik insan dengan roh, jiwa dan ihsan, mempamerkan sifat-sifat gigih, tekun lagi bersungguh dalam usaha mengilmukan insan dengan penuh sabar dan kasih sayang.
“Sebagai pendidik, belajarlah mendidik dengan mengambil iktibar daripada peribadi keinsanan dan keihsanan Baginda Rasulullah SAW,” tambah baginda.
Dalam masa sama, titah Tuanku Zara, kedua-dua ibu dan bapa adalah suri pendidik yang terhebat dalam kehidupan.
“Ibu dan bapa merupakan insan budiman yang mendidik kita sejak dilahirkan dengan limpahan kasih dan belaian sayang tanpa merasa lelah.
“Ibu dan bapa senantiasa meletakkan segunung harapan, berusaha dan berikhtiar sambil berdoa agar masa hadapan anak-anak bersinar seumpama bintang di langit malam,” titah baginda.
Konvokesyen UPSI kali ke-25 akan menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 7,616 orang graduan.
Daripada jumlah tersebut, seramai 121 merupakan graduan Ijazah Kedoktoran, 1,487 graduan Ijazah Sarjana, 4,240 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 1,768 graduan Diploma Lanjutan dan Diploma.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Nov 22 2023
Tuanku Zara bertitah pada Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-25 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, di Tanjung Malim, hari ini. - Facebook UPSI
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini
UPSI menyalurkan bantuan kepada keluarga bekas pelajarnya Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, termasuk kos penginapan dan pengangkutan sepanjang tempoh mereka berada di Tanjung Malim.
Izinkan pelajar berfikiran kreatif, mencabar kelaziman - Canselor UPSI
Guru yang sejati bukan sahaja hebat dalam kaedah pengajarannya, malah memiliki sifat pendidik yang semula jadi lagi berhemah, titah baginda.
Projek UPSI Kampus Teluk Intan diteruskan secara tender terbuka - Nga
Projek pembinaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Teluk Intan bakal diteruskan secara tender terbuka.
Agong dan Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Sambutan 100 Tahun UPSI
YDPA Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Seluhur Budi Sekalung Kasih dan melancarkan setem serta syiling komemoratif 100 tahun UPSI, malam ini.
500 sertai Persidangan Rumpun Melayu Sedunia anjuran UPSI
Ia antara lain berkongsi pendapat melalui forum ilmiah serta pameran berkaitan kebudayaan, kesenian Melayu menerusi Karnival Kearifan Lokal.
Pau UPSI tawar 8 jenis inti, kekal resipi turun-temurun keluarga
Suriani sememangnya membesar dengan perniagaan keluarga berasaskan pau di Kampung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
UPSI guna tiga cara bantu mahasiswa depani kenaikan harga barang
UPSI dan pengusaha kafeteria di kampus bekerjasama dalam memastikan kebajikan pelajar terus terpelihara.
Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai
Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' yang bermaksud 'Universiti Guru' akan dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai ini.
Tuanku Zara Salim berkenan rasmi sambutan 25 tahun UPSI
Raja Permaisuri Perak turut melancarkan siri nombor pendaftaran kenderaan UG yang bermaksud Universiti Guru.
Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia ditubuh di UPSI
Pusat itu akan ditempatkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).