TANJUNG MALIM: Siri nombor pendaftaran kenderaan ‘UG’ yang bermaksud ‘Universiti Guru’ akan dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai ini.
Siri nombor pendaftaran itu telah dilancarkan Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tuanku Zara Salim pada 24 Mei lalu.
Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi menyahut hasrat kerajaan untuk membantu penjanaan kewangan universiti.
Menurutnya, inisiatif itu dilaksanakan anak syarikat UPSI Holding Sdn Bhd. (UHSB), dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan Aquatwo Sdn Bhd.
“Orang ramai boleh mula membida nombor plat kenderaan yang mereka minat dengan mengisi borang bidaan melalui pautan laman web www.ugplat.com.my yang dibuka bermula 1 hingga 12 Julai ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah UHSB berkata, borang bidaan perlu dihantar terus ke pejabat UHSB di Aras 1, Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim.
Sementara itu, Pengurus Besar UHSB, Profesor Madya Dr Ramlee Ismail berkata, siri nombor pendaftaran kenderaan ‘UG’ merupakan hadiah istimewa kepada seluruh alumni institusi pendidikan berkenaan, sempena sambutan 100 tahun penubuhannya pada 22 November hadapan.
“Selain menjadi hadiah bermakna sempena sambutan bersejarah universiti, UHSB mengunjurkan pulangan pendapatan bernilai lebih RM3 juta,” katanya.
Terdahulu diadakan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara UHSB dan Aquatwo Sdn Bhd.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UHSB, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengarah Urusan Aquatwo Sdn Bhd, Datuk Muhammad Muqarrabin Mokhtarudin; Timbalan Naib Canselor UPSI, Profesor Dr. Marzita Puteh; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPSI, Profesor Madya Dr. Norkhalid Salimin; Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed dan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Profesor Madya Dr Mohd Izwan Shahril.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jun 29 2022
Siri nombor pendaftaran kenderaan UG yang bermaksud Universiti Guru akan dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai ini. - Foto UPSI
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai
Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' yang bermaksud 'Universiti Guru' akan dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai ini.