Usul mewajibkan semua Anggota Parlimen mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka menghangatkan persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini.
Berdasarkan aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat, usul berkenaan dijangka dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong untuk anggota Dewan Rakyat termasuk pasangan, anak dan pemegang amanah mengisytiharkan harta mereka dalam Akuan Berkanun sesuai dengan prinsip akauntabiliti dan ketelusan.
Usul berkenaan menyatakan Akuan Berkanun itu perlu dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh usul disetujukan dan akan dipaparkan dalam portal SPRM.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilapor berkata kesemua anggota Parlimen termasuk pembangkang perlu mengisytihar harta kerana masing-masing mempunyai pengaruh yang boleh digunakan untuk mendapatkan 'bayaran'.
Ketika ini, pengisytiharan harta oleh anggota Parlimen kerajaan dan anggota pentadbiran hanya dilakukan secara sukarela yang kemudiannya dipaparkan kepada umum menerusi Portal Perisytiharan Harta SPRM.
Berdasarkan portal berkenaan, sehingga kini 124 Anggota Parlimen kerajaan telah mengisytiharkan harta masing-masing.
Dalam pada itu, pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun juga menjadi tumpuan pada sesi Dewan Rakyat kali ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun sebelum ini dilapor berkata pindaan itu yang dijangka dibentangkan pada 4 Julai ini sekiranya diluluskan, membolehkan lebih ramai golongan belia dan pelajar institusi pendidikan tinggi layak mengundi pada pilihan raya akan datang.
Bagaimanapun, pindaan itu memerlukan sokongan dua pertiga atau sekurang-kurangnya 148 daripada 222 Anggota Parlimen untuk diluluskan.
Pada 9 April lepas, usaha kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963, tidak mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi di Dewan Rakyat. Ini selepas Rang Undang-Undang (RUU) itu kekurangan 10 undi untuk memperoleh sokongan majoriti.
Parti komponen PH bersama Warisan dan UPKO ketika ini mempunyai 139 kerusi di Dewan Rakyat.
Sementara itu, beberapa RUU dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama termasuk RUU Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019, RUU Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 dan RUU Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019.
Dewan Rakyat akan bersidang selama 12 hari bermula Isnin ini sehingga 18 Julai bagi Mesyuarat Kedua, Penggal ke-2, Parlimen ke-14. Dewan tidak bersidang pada hari Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2019

Dewan Rakyat akan bersidang selama 12 hari bermula Isnin ini sehingga 18 Julai bagi Mesyuarat Kedua, Penggal ke-2, Parlimen ke-14. Dewan tidak bersidang pada hari Jumaat. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.

92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.

Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.

PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.

PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.

Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.

Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.

Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.