IPOH: Perak akan membawa isu pemilikan Tanah Rizab Melayu oleh syarikat bukan Melayu melalui penjualan syer saham syarikat Melayu sebagaimana berlaku di Sitiawan, kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diambil perhatian dan tindakan sewajarnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan dengan para pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Selasa lalu berkenaan hal tersebut.
Menurutnya, hasil perbincangan itu, SSM memaklumkan tiada mana-mana peraturan di bawah Akta Syarikat Malaysia 2016 yang boleh menyekat atau menghalang mana-mana syarikat meminda perlembagaannya termasuk bagi tujuan penjualan saham syarikat, sama ada kepada Melayu atau bukan Melayu.
Malah katanya, SSM tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan pendaftaran syarikat meskipun berlaku perubahan pemilikan saham memandangkan ia dianggap sebagai urusan dalaman sesebuah syarikat.
Justeru Saarani berkata ia adalah ‘kelompongan’ serius yang mana Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri tidak mengetahui sebarang penjualan saham syarikat yang mengakibatkan status syarikat Melayu bertukar kepada syarikat bukan Melayu.
“Melihat kepada senario ini, saya bimbang jika tidak ditangani dengan tuntas, kelompongan ini bukan sahaja boleh mengakibatkan kekeliruan dan kecelaruan dalam sistem urus tadbir tanah, malah akan menjadi penghalang besar kepada usaha memartabatkan Tanah Rizab Melayu, bukan sahaja di Perak, tetapi juga di negeri-negeri lain.
“Oleh itu, susulan perbincangan dengan pihak SSM dan setelah mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri, saya akan membawa isu ini kepada pengetahuan Perdana Menteri untuk diambil perhatian dan tindakan sewajarnya.
“Suatu usaha menyeluruh mesti digerakkan bagi memperkukuhkan ekosistem perundangan dan dasar yang berkaitan dengannya, sama ada di peringkat negeri mahu pun Persekutuan supaya isu seumpama ini dapat ditangani sebaik-baiknya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Muhammad Faisal Abdul Rahman (PN-Trong) dan Abdul Aziz Bari (PH-Tebing Tinggi) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Saarani (BN-Kota Tampan) berkata kerajaan negeri melalui PTG telah menubuhkan jawatankuasa khas dan mengambil beberapa langkah mitigasi sebagai usaha memperkasakan status Tanah Rizab Melayu di Perak.
Kata beliau, antaranya adalah melakukan sekatan dengan memasukan Kaveat Pendaftar bagi kesemua 3,214 hektar tanah termasuk di Sitiawan 2, bagi menghalang sebarang transaksi atau pindah milik kepada bukan Melayu.
Selain itu, Saarani berkata kerajaan negeri juga telah memutuskan sebarang penjualan lot-lot pembangunan di kawasan Sitiawan 2 selepas ini hendaklah 100 peratus kepada orang Melayu.
“Seterusnya, PTG menyediakan prosedur bagi mengetatkan syarat-syarat untuk sebarang pemberimilikan melalui Seksyen 7 Enakmen Rizab Melayu bagi tanah-tanah berstatus rizab Melayu.
“Hanya yang berkelayakan dan menepati syarat digariskan dalam Seksyen 2 Enakmen Rizab Melayu boleh dipertimbangkan membuat permohonan bagi tujuan tersebut.
“Pada masa sama, kerajaan negeri melalui PTG mengadakan rundingan dengan pemilik tanah termasuk pemaju supaya tanah-tanah yang dimiliki sama ada melibatkan kawasan di Sitiawan 2 atau di tempat lain diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu.
“Hasilnya, setakat ini 183.3 hektar telah dikenal pasti oleh PTG untuk diwartakan sebagai kawasan rizab Melayu setelah mendapat persetujuan pemilik tanah yang membangunkan kawasan tersebut,” jelas Saarani lagi.
Menurut Menteri Besar, langkah-langkah yang diambil itu antara usaha berterusan kerajaan negeri dalam melindungi kepentingan Tanah Rizab Melayu seperti yang terkandung dalam wasiat Raja-Raja Melayu.
Amirrul Rabbani
Thu May 25 2023

Saarani ketika menjawab soalan lisan Muhammad Faisal Abdul Rahman (PN-Trong) dan Abdul Aziz Bari (PH-Tebing Tinggi) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Khamis. - Foto Astro AWANI

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MOT minta CAAM tambah baik sistem permohonan penggunaan dron - Loke
MOT meminta CAAM untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem permohonan penggunaan dron memandangkan penggunaannya yang semakin meluas.

Tiga PPS dibuka di tanah Merah akibat banjir
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Tanah Merah bagi memberi perlindungan kepada 62 orang daripada 17 keluarga akibat bencana banjir, setakat pukul 10 malam ini.

Peningkatan pesakit susulan, tidak rujuk waktu temu janji punca Klinik Kardiologi HSIS sesak
Kesesakan di Klinik Kardiologi HSIS Serdang, Selangor dikenal pasti berpunca daripada peningkatan pesakit susulan yang tidak hadir temu janji pada Selasa minggu sebelumnya.

Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangkan Masjid Al-Aqsa - PM Anwar
Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Warga emas muat naik hantaran bersifat palsu dipenjara enam bulan - MCMC
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong.

KPM tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.

Kementerian Pengangkutan sokong usaha Ocean Infinity cari semula MH370 di Lautan Hindi
Kementerian Pengangkutan menyatakan sokongan penuh terhadap langkah proaktif Ocean Infinity dalam menggerakkan kapal sokongan laut dalam di Lautan Hindi bagi meneruskan pencarian MH370.

Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy
Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444,074 hektar, 12.34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3,597,206 hektar.

Kes penipuan tanah rizab Melayu: Saarani sedia beri kerjasama kepada SPRM
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad sedia memberikan kerjasama kepada SPRM sekiranya dipanggil berhubung kes penipuan status tanah rizab Melayu.

Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan
Saksi-saksi berkenaan termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dalam perkhidmatan ketika itu.

Tukar status tanah rizab Melayu satu kesalahan - SPRM
SPRM menggesa mana-mana pihak untuk salurkan maklumat berhubung sebarang penyelewengan berkait penukaran status tanah rizab Melayu.

Pembangunan tanah rizab Melayu di Selangor hanya libatkan infrastruktur awam - MB
Kerajaan Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan dijalankan di tanah rizab Melayu (TRM) kecuali melibatkan pembinaan infrastruktur awam, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Skim Perumahan MADANI akan diperincikan di sekitar Kuala Lumpur - Zaliha
JWP menyambut baik inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri dalam majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada Sabtu.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM
Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pengurusan tanah rizab Melayu di negeri ini.

MB Perak kesal video kenyataan isu tanah rizab Melayu dimanipulasi, disebar
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kesal dengan beberapa video kenyataan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di negeri ini yang dimanipulasi dan disebarkan di platform media sosial.

Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak
Kerajaan Selangor sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengekalkan dan mengawal keluasan tanah rizab Melayu sedia ada termasuk melakukan pemantauan secara rapi.