Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman di sini berhubung isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak.
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata Mohd Isa tiba bersama-sama empat pegawainya di pejabat JSJK yang terletak di Menara 238, Jalan Tun Razak pada 10.30 pagi.
"Kita masih dalam proses merakam percakapan beliau...proses ini akan disambung selepas solat Jumaat nanti," katanya kepada pemberita.
Amar Singh berkata pihaknya telah memanggil lapan individu termasuk pegawai Felda serta pihak pemaju bagi merakam percakapan mereka selain mengambil keterangan daripada seorang lagi individu pada Isnin depan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata siasatan setakat ini hanya memfokuskan kepada isu pemindahan hak milik tanah Felda.
Amar Singh berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes kehilangan hak empat bidang tanah Felda di Jalan Semarak.
Pada 21 Dis lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.
Mohd Isa menjadi Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017, Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Jan 2011 hingga 19 Jun lalu serta Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2018
AMAR SINGH: Siasatan setakat ini hanya memfokuskan kepada isu pemindahan hak milik tanah Felda.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Rampasan di rumah Najib: Bekas Pengarah JSJK Bukit Aman nafi dakwaan Raja Petra
Amar berkata tuduhan dilemparkan Raja Petra yang mendakwa terdapat wanita awam yang hadir di lokasi serbuan dan mengambil beg yang dirampas polis adalah sama sekali tidak berasas.
Polis sangkal dakwaan Justo, tidak pernah tanya soalan bodoh
Polis menyangkal dakwaan oleh Xavier Andre Justo, bahawa dia dipaksa membuat pengakuan terbuka bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang yang baik.
Billion Dollar Whale: Mungkin saya akan dipanggil berlakon babak serbuan di Pavilion - Amar Singh
Itulah maklum balas spontan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman ketika diajukan soalan mengenai buku Billion Dollar Whale yang bakal difilemkan.
Polis akan panggil semula Najib, Rosmah berhubung 1MDB
JSJK Bukit Aman akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan skandal kes 1MDB.
Isu tanah Felda: Tiada pendakwaan diteruskan
PDRM sahkan tiada pendakwaan diteruskan berhubung isu kontroversi pemilikan tanah Felda Kuala Lumpur Vertical City.
Nilai rampasan polis subjektif, harta adalah hadiah - Najib
Dalam temu bual eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, Najib berkata penilaian tersebut subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu sudah berusia kira-kira 20 tahun.
Kertas siasatan kes tukar milik tanah Felda dihantar ke DPP
Polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan pemindahan lot tanah projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) milik Felda kepada pejabat pendakwa raya.
Polis jawab isu makan coklat, minta makanan di rumah Najib
JSJK berkata jabatan itu akan menyiasat sebarang dakwaan salah laku oleh anggota polis, seperti yang didakwa bekas perdana menteri dan anggota keluarganya awal hari ini.
'Unprofessional cops will be dealt with seriously' - CCID chief
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh says any cops who are found to be unprofessional during the search at Datuk Seri Najib Tun Razak's properties, will be dealt with seriously.
1MDB case: 72 pieces of luggage, 284 boxes containing bags, cash, jewellery seized
Said the Bukit Aman CCID chief, the items seized were solely done in relation to the investigation on the 1MDB scandal.