JOHOR BAHRU: Johor akan memastikan tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam penjualan stoking tertera kalimah Allah, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid.
Menurutnya, tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut enakmen dan undang-undang berkaitan termasuk Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan Perlembagaan Persekutuan.
“Menjunjung titah Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berhubung keprihatinan baginda terkait isu kalimah Allah.
“Saya mendukung penuh titah tersebut, bahkan bertanggungjawab bagi terus mempertahankan kemuliaan Islam di Negeri Johor selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri ini.
“Adalah amat mendukacitakan apabila masih ada pihak yang tidak menghormati dan berani menyentuh sensitiviti agama khususnya Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini,” katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Fared berkata, pihaknya memberi amaran keras dan peringatan kepada mana-mana pihak dan individu khususnya di Johor agar tidak mempersenda dan mempermainkan kalimah Allah atau apa jua yang boleh mencemarkan kemuliaan agama islam.
“Tindakan yang tegas dan hukuman yang seadilnya hendaklah dikenakan ke atas mereka yang bertanggjngjawab mencemarkan kemuliaan Allah, lebih-lebih lagi ia berlaku di bukan Ramadan yang mulia ini,” ujarnya.
Sementara itu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menitahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap isu kalimah Allah.
Tunku Mahkota Ismail bertitah, langkah itu perlu diambil bagi memastikan isu seperti itu tidak akan berulang lagi.
Astro Awani
Tue Mar 19 2024

MOHD FARED: Amat mendukacitakan apabila masih ada pihak yang tidak menghormati dan berani menyentuh sensitiviti agama khususnya Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. - Facebook Mohd Fared
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.

Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.

Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.

Logo kasut mirip kalimah Allah: Lapor polis jika ada maklumat - MCMC
Beri ruang pada JAKIM dan pihak berkuasa lakukan siasatan berhubung dakwaan itu.

Vern’s minta maaf, sedia pulangkan semula wang kepada pelanggan
Verns mengatakan logo tersebut 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.

Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.

#MZB365: Faham, hormat dan terima untuk hidup bersama - Pakar
Ekosistem yang telah dibina bersandarkan perpaduan harus dijaga dan kebencian tidak boleh dibiarkan terus berleluasa.

Sentuh 3R: Kerajaan tidak akan bertolak ansur - PM
Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau parti politik sekiranya menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum).

Serangan KK Mart: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama adakan mesyuarat tergempar
Tiga buah kedai serbaneka KK Mart dibaling 'molotov cocktail' bermula dengan serangan di KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol pada 25 Mac.

Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.