PUTRAJAYA: Isu sindiket penipuan pekerjaaan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata kerajaan turut komited dalam menyelamatkan semua warga tempatan yang menjadi mangsa sindiket seumpamanya di negara luar.
"Kerajaan amat memandang serius mengenai perkara dikhususkan seperti terlibatnya anak-anak Malaysia dalam apa yang dikatakan penghambaan abdi di beberapa negara ASEAN.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan saya melihat perkara ini secara lebih mendalam.
"Saya berterima kasih beberapa badan bukan kerajaan (NGO) diketuai Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Hishamuddin Hashim sehingga kita rasa terpanggil untuk membawa perkara ini ke Jemaah Menteri esok," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa.
Turut hadir dalam sidang media itu, Presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) yang juga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim.
Ujarnya lagi, menerusi pembentangan itu, beliau percaya isu terbabit akan dapat diselesaikan menerusi perbincangan rentas kementerian, agensi negara ASEAN.
"Biasa (dalam) Kabinet, kita bincang sesuatu, dia ada (keputusan) multidimensional, dia tak bergerak secara silo walaupun tugas itu banyak bertumpu kepada Wisma Putra.
"Untuk dapatkan kerjasama, kita ada hubungan seperti polis ada ASEANPOL, rangkaian dengan negara ASEAN.
"Itu tidak masuk lagi networking Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), bila kita berbincang dengan Kabinet, akan ada kementerian yang mengetuai dengan kerjasama agensi lain juga," katanya lagi.
Dalam pada itu, mengulas mengenai jumlah sebenar warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sehingga kini, tambah Abd Latiff, angka itu dijangka berubah susulan ada pihak keluarga yang masih belum membuat laporan kepada pihak berkuasa.
"Yang buat laporan polis kita ada, seperti dinyatakan oleh Wisma Putra, umpamanya di Kemboja kita dapat laporan 153 warganegara Malaysia, kita dapat 133 mangsa yang dah buat laporan, ada 20 orang mangsa yang dibawa pulang.
"Itu yang buat laporan, ada mangsa tidak buat laporan ini yang menjadi sukar untuk bahagian penyelamat untuk bawa balik mereka.
"Saya dengar beberapa kumpulan keluarga melahirkan rasa bimbang dengan keadaan anak-anak mereka, kita (kerajaan) amat komited memastikan setiap nyawa rakyat kita di luar negara dapat balik ke Malaysia," jelasnya lagi.
Keluar tanpa permit kerja
Dalam pada itu, Abd Latiff turut menjelaskan rata-rata kes penipuan kerja melibatkan warganegara di luar negara didapati mangsa menggunakan pasport biasa dan tiada permit kerja.
Ia sekali gus membuka peluang kepada sindiket untuk mengekploitasi mangsa apabila mereka tiba di negara terbabit tanpa permit yang sah untuk bekerja.
"Ada pelbagai cara sekarang, kadang-kadang mereka tidak berterus-terang, mereka keluar (Malaysia) menggunakan pasport biasa, kerana kita boleh ke mana-mana negara ASEAN dalam tempoh tiga bulan.
"Mereka tidak nyatakan hasrat mereka untuk bekerja, kalau ingin bekerja di luar negara kita perlukan permit yang berbeza.
"Atas perkara ini rakyat kita tertipu, dan ia berlaku apabila mangsa sedar dia kena tipu," katanya lagi.
Meskipun kerajaan tiada punca kuasa untuk menyekat mana-mana rakyat daripada keluar negara bagi mengelakkan kejadian sama berterusan namun tambah Abd Latiff, kesedaran pemilik pasport itu sendiri menjadi pelindung daripada dimangsakan sindiket kerja luar negara.
"Kita tiada punca kuasa nak sekat rakyat kita, walaupun pasport itu adalah hak kerajaan.
"Itu hak mereka mengembara, elok di masa akan datang mereka nak mengembara ke luar negara, beritahu kepada saudara-mara, ibu-bapa tujuan nak pergi ke mana mana negara," ujarnya lagi.
Fareez Azman
Tue Sep 20 2022
Abdul Latiff pada sidang media khas di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa. - Foto Astro AWANI
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Kerajaan tidak gunakan dana syarikat swasta untuk penerbangan rasmi - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan pihaknya tidak sama sekali menggunakan dana syarikat swasta untuk membiayai kos penerbangan lawatan rasmi ke empat negara.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion - MITI
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (US$1.1 bilion).
PM Anwar tiba di Peru, lawatan sulung ke benua Amerika Selatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lima pada malam Selasa bagi memulakan lawatan rasmi sulung beliau ke benua Amerika Selatan.
Jangan harap perlindungan jika ada terbabit kes rasuah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tiada perlindungan akan diberikan bagi sesiapa yang terbabit dalam kes rasuah.
Alix Didier angkat sumpah perdana menteri baharu Haiti
Alix Didier Fils-Aime mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Haiti pada Isnin, lapor Xinhua memetik The Haitian Times.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.