PUTRAJAYA: Isu perolehan, penguatkuasaan dan 'grand corruption' merupakan penyumbang kepada risiko berlakunya rasuah yang paling tinggi dalam negara, kata Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razim Mohd Noor.
Beliau berkata dalam statistik maklumat yang diterima dari tahun 2019 hingga April 2022, isu pentadbiran telah menyumbang 37.5 peratus, penguatkuasaan sebanyak 24.4 peratus manakala perolehan pula 24.2 peratus daripada jumlah maklumat keseluruhan yang diterima.
"Umumnya, masyarakat kita sedar dan tahu tentang kesalahan perbuatan memberi dan menerima suapan namun kesedaran untuk tidak mengamalkannya masih di tahap membimbangkan jika dinilai daripada statistik kes rasuah yang disiasat SPRM.
"Secara tidak langsung, ia membuktikan masih ada juak-juak tertentu yang perlu diberi perhatian agar perbuatan rasuah tidak terus menular," katanya ketika berucap pada Program Perolehan Bebas Rasuah: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Agensi Agama di Bangi pada Selasa.
Razim juga berkata pengurusan dana yang diterima daripada kerajaan perlu diurus dengan baik, telus dan adil supaya tidak berlaku penyelewengan.
"Tanggungjawab yang sangat besar sebenarnya dalam melaksanakan agihan peruntukan ini kepada penerima akhir agar tiada pihak yang didiskriminasi," katanya.
Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Aminudin Mohamad, yang membacakan teks ucapan Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata pegawai dan anggota agensi serta jabatan agama perlu membentuk nilai positif dalam diri, kuat dan amanah, cekap dan berintegriti serta sentiasa jujur dan telus dalam melakukan pekerjaan, mempamer budaya kerja Islam selain sentiasa bersungguh-sungguh dalam pekerjaan.
"Agensi agama perlu bersih dan dilihat bersih. Kita perlu berhemah dan berhati-hati dalam menguruskan wang rakyat. Kita tidak mahu agensi agama dilabel sebagai tidak efektif... Kita perlu menangkis persepsi dan tohmahan bahawa institusi agama turut terpalit dengan isu ketirisan, rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan," katanya.
Hakimah berkata agensi dan jabatan agama perlu sentiasa menunjukkan teladan yang baik dalam segala urusan dan tindakan selain berusaha menjaga nama baik organisasi serta imej Islam.
"Jika kita tersilap langkah, tersalah atur, akan memberi impak yang sangat besar kepada agama, sangat memalukan dan sangat mengaibkan," katanya.
Program Perolehan Bebas Rasuah: Jakim dan Agensi Agama, yang dihadiri 150 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan, diadakan sebagai antara usaha ke arah pemantapan governans, integriti dan antirasuah bagi memastikan tidak berlaku rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan ketirisan dalam pengurusan perolehan kerajaan serta wang awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022

Pengurusan dana yang diterima daripada kerajaan perlu diurus dengan baik, telus dan adil supaya tidak berlaku penyelewengan. - Gambar fail

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.

'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.

Perolehan projek mineral: SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral Management dirakam percakapan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon bagi membantu siasatan.

SPRM berusaha kesan Mohamad Faizul Kamaruddin bantu siasatan kes
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berusaha mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

Op Favish: SPRM beku akaun persendirian, syarikat Vivy dan Fadza bernilai kira-kira RM1.1 juta
SPRM membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Bekas eksekutif syarikat petroleum dan gas direman terima rasuah RM370,000
Seorang bekas eksekutif kanan sebuah syarikat petroleum dan gas ditahan reman SPRM di ibu negara, pada Selasa selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah dianggarkan RM370,000.

SPRM bertindak tanpa rasa takut, pilih kasih
SPRM dalam kenyataan memaklumkan setiap tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Terima rasuah RM10,000: Dua penjawat awam ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM10,000.

Rasuah: Bekas pengurus bank ditahan SPRM
Seorang bekas pengurus bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.