Presidennya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, memorandum itu mengesyorkan kerajaan untuk menangani beberapa perkara membabitkan isu dihadapi 5 juta peneroka di seluruh negara.
Menurut beliau, semua golongan generasi peneroka mengharapkan kerajaan baharu dapat menyelesaikan isu berbangkit antaranya masalah pengurusan tanah lebih sistematik, isu sosial dan pendidikan.
"Sebanyak 14 persatuan di bawah GWGF akan mengadakan pertemuan dengan menteri yang menjaga Felda untuk bincang isu yang boleh diselesaikan bersama untuk memacu kepentingan peneroka dan generasi seterusnya," katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian dan Pelepasan Konvoi Ride Bersekutu Versi 5 2022 (RBVS 2022) di Puncak Alam Driving Range di sini pada Sabtu.
Rozali berkata, memorandum yang telah lengkap dengan beberapa syor itu dijangka diserahkan kepada kerajaan pada tahun depan. -- Sinar Harian